Friday, November 19, 2010

Betulkah berita yg aku dengar ni??


Sebenarnya aku dalam dilema ni..tau kan lappy aku OKU..(click here) ..so aku xtahu samada nak bawak ke tak mrs. compaq n mr.philips sama2 ikut aku posting ke Negeri Sembilan..Sebabnye kawan aku cakap, abang dia dulu masa posting kat Johor..orientasi kat sekolah 2 minggu je..pastu balik kg then bukak sekolah baru masuk semula..ayah aku plak ckap, anak kwn dia orientasi seminggu je ..Jadikan..kalau takat seminggu dua minggu baik aku tahan je nafsu aku daripada mengadap laptop masa kat sana..sebab xpuas hati aku tnye incik senior a.k.a tok dan..beliau ckp dia dulu orientasi 3 minggu..Pulak Dah!..Adalah jugak aku tanye budak2 AT48..huhu dorang sumer xtahu ape2..Sebenarnye sumernye bergantung kepada pentadbiran sekolah..kalau mereka cakap orientasi straight sampai bukak sekolah..Hah!.xpasal2 nyesal plak aku xbawak budak 2 ekor tu..So, aku buat keputusan based on perpatah Korea : "Geuh del reul sarang heyo darling, Uhn jena neh gyut hae suh beet cheul neh joyo"
Maksudnya: "Pakwe xada xpe lagi, jangan laptop xade"..hahahahhaha..Hoye2!!



Wednesday, November 17, 2010

Dewasa Yang Menakutkan

Siapa Mereka : Orang yang berusia awal 30 an, mak, ayah, kakak, abang, saudara-mara, jiran tetangga, sepupu sepapat,kawan-kawan yg berusia.

Sifat Mereka : Menakutkan!

Serius aku tak faham apa yang orang dewasa fikirkan. Cara pemikiran aku dengan golongan dewasa tidak akan pernah sama. Mereka tak faham aku dan aku tak faham mereka (mcm lirik lagu yank la plak). Mereka akan buat keputusan sendiri tanpa mengambil kira apa sebenarnya yang aku mahu. Mereka sering fikir cara mereka sahaja yang betul. Siapalah aku..pengalaman cuma setahun jagung. Tidak yakinkah mereka pada aku? Tidak layakkah aku bersuara? Kecil sangatkan aku di mata mereka? Jangan kisahkan aku kalau ia hanya membuatkan kamu susah hati. Aku juga mampu membuat pilihan sendiri (ini bukan pasal jodoh ok!). 

Aku sedar aku selalu membuat keputusan terburu-buru.Kadang-kadang keputusan aku berubah-ubah. Dan kerana dunia kita berbeza, salahkah kalau kamu yang fahami aku? Kerana kamu yang terlebih dahulu makan garam. Bukankah pengalaman aku cuma setahun jagung? Masih banyak yang perlu aku terokai. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Kadang kala kerana ingin menjaga hati golongan ini aku sanggup menipu diri sendiri. Adilkah bagi aku?

Mereka sesama mereka juga tidak pernah sependapat. Sentiasa mahu menang dan tidak mahu mengalah. Sentiasa ingin menunjuk-nunjuk siapa yang hebat. Situasi ini membuatkan aku gerun untuk melangkah ke dunia dewasa. Di mana contoh yang baik untuk aku ambil? Untuk aku ikut?
Sekiranya aku dewasa kelak, adakah aku juga bakal menjadi seorang dewasa yang menakutkan?

P/S: aku tak mahu jadi dewasa yang menakutkan..

Tuesday, November 16, 2010

Hey anak manja!


Hey Anak Manja..!
Sampai bila ko nak menyusahkan mak ayah ko?
(kalau boleh aku mmg xnak menyusahkan sape2 pom)

Hey Anak Manja..!
Sampai bila ko cuma nak idup senang tanpa bersusah-payah?
(kalau boleh aku mmg nak berdikari)

Hey Anak Manja..!
Sampai bila ko nak bergantung pada orang lain?
(kalau boleh aku mmg nak berusaha sendri)

Hey Anak Manja..!
Sampai bila ko sumer nak kena orang ajar?
(Kalau boleh aku mmg nak jadi si pandai)

Hey Anak Manja..!
Sampai bila ko cuma tahu nak bagi alasan je?
(Kalau boleh aku mmg ingin jujur)

Hey Anak Manja..!
Sampai bila ko nak cakap kalau boleh...kalau boleh..buat la..jgn pandai cakap aje!
(Gulp..)

Hey Anak Manja..!
Sedar diri ko sikit..

P/S: Kutuk diri sndri xper..

Saturday, November 13, 2010

Fuuuuuuuuh! Bile Cik Google Wat Hal...




P/S: Jangan selalu bg tekanan pada cik google..kang beliau dah merajuk.. sob3 :(

Monday, November 8, 2010

aku dah agak dah..misti klako!

Hari ni aku dapat 2 pos express..
1 gamba stage konvo
1 lagi handbag from kak long..
Wow! what a lucky day..
Tapi.....aku dah agak dah..gamba stage konvo aku misti klakor giler..
Mase trun dari stage aritu lagi aku dah dpt rase..
Rase xmo bayar duit gamba sbb muke aku sgt cuak mase kat stage..siyez..aku xtipu..


Sehingga menggigil kepale lutut menerima ijazah..OMG..dats funny!
(kelihatan seseorang sedang tido di situ)



Lihatlah sendri betapa cuaknye muke aku..pucat seh!
(In my head-What the hell i'm doing now?)

Ketidakpuasan hati aku terhadap gamba2 stage konvo ni terubat dgn handbag pemberian kak long..
Nasib baik ade pengubat  hati yang sedang hot..
klu tak..laju2 aku aku gi frame gamba2 tu pastu gantung kat dinding..HUH?


Lovely..=)

Tuesday, November 2, 2010

BiLe NaK PosTiNg Nie?? ~ Part 2

Hari ni aku memandang ke langit bukan utk mencari jwpn yg pasti..tapi melihat cuaca macam nak ujan je..


SO AQIE, 
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!


Ala.. I dah siap beli payung dah..x jadi ujan pulak...Tapi, bagus jugak boleh I kuar dating dgn abg Posmen 


~~LA..LA..LA…
     HAI GUMBIRANYA DLM HATI
     ADA DATE DGN ABG POSMEN..
     LA..LA..LA.~~


Eh! Mana surat posting ni? Xde pom.. =(


Arghh!! Geramnye..kena tipu dgn abg posmen lagi...!
  

Eiii..Rase nak pijak2 je muke abg posmen tu...


Sampai hati abg posmen tipu saye.. Sob3


TAPI KENAPAKAH ABANG POSMEN YANG DIPERSALAHKAN??
BUKANKAH RESULT POSTING KUAR SECARA ONLINE…?
KLU DAH X SABAR SANGAT..TELEFON AJE KPM..
(hurm…good idea)


"Hello KPM..Aqie ni..bile sy akn dipostingkan?"

WHAT?!! 22 NOV 2010 ....
WAH GEMBIRANYE AKU
HARAP2 PENANTIAN AKU  SELAMA NI TIDAK SIA-SIA

LEPAS NI X PERLU LAH AKU..


Termenung durjana lagi..



Main belon sorang2 lagi..


DAN YANG PALING PENTING..
TAK PERLU LAH AKU MEMBUANG MASA


Menghitung kenderaan lalu-lalang..hap3



SEBAB SAYA SANGAT GEMBIRA..
SAYA NAK OFFER SESUATU..
SAPE NAK??




JANGAN BEREBUT YE..
SILA BERATUR..
TUNGGULAH GILIRAN ANDA!

p/s: hahahahahhahahhahhahaaaa......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...