Sunday, December 25, 2011

kau buatku tersenyum ;)

Assalamualaikum

pening pening pening....CO poisoning.td balik dri dewan Malaysia stuck dlm traffic jam..hidu byk sgt asap dari ekzos kete,bas,tremco,moto,kapatebang terus rsa pening and loya sampaila sekarang.dah sapu minyak angin sahara cap HPA tp still pening lg...adusss.lantas dek kerna kepeningan aku terus update blog.haha cam tade kerje lain.

motif update blog ialah nak citer pasal mak cik arab yang duk kat bawah rumah aku...bukanla dia duk kat basement tp sbb bangunan rumah ni tinggi sikit so rumah mk cik tu jd cam ke bawah la.tp rumah dia sebelah bangunan kitorang.nak dijadikan citer...mak cik ni suke duk kat tepi tingkap umah dia.bile aku balik dari kuliah or dari mane2 mesti nampak die duk kt tepi tingkap.mak cik ni dah tua.

kadang2 bile aku lalu dia suke tanya pukul berapa skrg.aku jawabla.tapi kena jerit kuat sikit sebab dia tak berapa dengar.yang kelakarnya.takdela kelakar tp cam boleh buat aku tersenyum la bila aku selalu je dengar mak cik ni tanya org lain yang lalu lalang kat situ. yela, bilik aku kan kt luar.kat ruang tamu so boleh dengar dengan jelas ape yang berlaku kat luar.kalo arab pasang lagu kuat2 lagi la....

aku senyum sensorang arr ble dengar mak cik tu tanya saah kem? or pukul berapa? org yg ditanya tu pun jawabla tapi kena jawab byk kali and jerit2 sbb mak cik kureng dengar haha.aku yg duk dlm rumah ni boleh plak dengar dengan jelas....pastu selalu gak dengar mak cik berzikir....hehe mak cik menceriakan hidup saya lah!

tu je lah.nanti bulan januari 2012 ade exam....exam end round pediatric. 18 and 19 januari.pray for me! =)

dadadadada!


see u later...when i feel like updating again!

Wednesday, November 30, 2011

biyane~

Assalamualaikum

hohohoho rindu nk taip kt petak new post nih.

sorry la lma x update blog.cehhh mcm ramai je orang baca blog ni kan.bajet star.

aku bukan apa...aku malas nak update sebab ni bukan blog aku..ni blog cikgu aqie.tapi nak harapkan cikgu aqie memang pupus la blog ni. satu lagi...internet rumah ade masalah sebelum ni.ni baru ok sikit tapi still putus-putus jugak hurmmmm.

semakin besar ni semakin banyak konflik dalam diri.tension i nyah..

ehhh bunyi pntu bilik air dibukak....turn aku plak nk masuk

hehe k lah, bye. nanti kite (bajet cute) hapdate lagi ek.

Saturday, October 22, 2011

Stress itu perlu

amik msa otw balik KT dri Semban.bosan duk blkg sowang2


Assalamualaikum

minggu lepas aku telah mengalami stress yang agak maha dahsyat.

stress sebab kuliah banyak pastu dalam bahasa arab plak tu

sebelum ni dlm english.

aku ni kalau bahasa arab aku kureng skit....mmg aku tak paham =(

fokus pun kurang

tapi nak wat cemana dh pihak atasan nak ktorang cmpur dgn bdak arab

tp sptutnya lecturer kna ajr dlm english tp bdak arab plak xnak dlm english

cos dorang x paham.

so stress la aku di situ

clinical plak sah sah la kena speak in arabic with the patient...

rsa cam susah la kan. dh la x paham patient ckp ape.

nak tanya patient pn tergagap-gagap takde vocab arab...

T_T down gler.

nak wat cemana......

tanggungjawab pn makin besar.

xleh main2 lagi

kena rajin gi hospital

nanti xde skill camne nk rawat orang????


k lah.aku dah okay dh skrg.malas nk stress lagi. just follow the flow la.

till then,

buhbye (>.<)^

P/s: mls nk g meeting!

Monday, October 10, 2011

people around me





Assalamualaikum...

Do you guys believe that people around us can influence our personality and attitude?
well, i do believe this fact.
cause its happen to me and i found it hard to handle with.
cause when i'm in Egypt, people around me is so good.
i mean they are really kind,good hearted....they are good in practicing our religion which is Islam,
they are good people with good manner.
so i always feel inferior when i am around them.
i feel like i am a bad person compared to them.(yeah i know i am bad)
so when i am around them i will automatically improve myself to be like them.
improve my attitude and my personality.
but the problem is when i come back to malaysia...
the situation is different.
and its hard for me to maintain my good attitude=(
am i a hypocrite??????? hmmm...sigh=(
i'm in dilemma~~~~

This is what we call biah solehah. we need a surrounding that encourage us to become a good person.
that's all.
bye.

Saturday, October 1, 2011

Siap Siaga Sang Naga!



Assalamualaikum....salam sehati sejiwa (ececece..XD)


ye sy malas nk rotate gambar.sila angguk tanda paham



i'm ready(yeke?).Yosh!

motive: esok start kuliah 2/10/11

mood: tengok je la esok cemane..otak dah berkarat nih

misi: hadirkan jasad dan roh sepanjang clinical session kt spital

modus operandi: minum kopi Radix untuk lebih bertenaga dan segar serta tidak bosan lagi mengantuk 

berita tamat.
sekian terima kasih 

buhbye=)

(o_O)^






Thursday, September 29, 2011

rabu tanpa bicara #4 Subhanallah~ (delay sehari huhu)





masakan masin kahwin awal....yeayyyy!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi egypt selamat petang malaysia.


cheese cake aku dh siap.dh siap makangg pun hew hew.

alamak gambo x bluetooth lg ke laptop.ni yg aku paling malas ni...ishk

nak dijadikan cerita.....masa aku g shopping tu kan aku adalah sangat terkejut giler

atau nk sopan skit, bloody jaw-dropping jgk la tgk harga barang

the reason is harga barang semua naik tau!

menda ni berlaku since aku di bangku tahun  2 lagi

setiap kali balik cuti summer dari malaysia

mesti harga barang naik...

bukan sikit tp agak mendadak jugakla

padahal cutinya 2-3 bulan jewww T_T

cekik darah tol

ni maybe side effect dari revolusi hari tu jugak kot

yang merana sape??? rakyat la! plus jgk student2 malaysia kt sini

biasa aku wat cheese cake aku guna cheese jenama president

cheese dier best!

tp harga dia naik sampai LE18.75 sebotol(500g) hangpa tau dak?

dulu LE15-16 camtu ja...nak nangis aku kt depan peti ais dier...T_T

last2 carikla cheese yang murah sikit....aku amik cheese domty murah sikit

tapi kan tapi kan

cheese cake aku jadi masin!!!!

mencik metol...

apela domty ni wat cheese masin.takde plak label kt situ

tulis masin ke salty ke ape ke.. ishk nangis kali ke 114 kali T-T

walaupun ade rsa masin2 sikit cheese cake tu tp still eatable la

untuk aku n kengkawan yg memang takde pilihan makanan lain hahhhaaa XD

p/s masa raya hari tu aku wat sate masin jgk...ade peluang kahwin awal ni..yes! (org PD sila jgn komen)

does it look salty? not at all right...
 kat atas tu nampak tompok2 tu aku ngengada je letak coklat.igtkan dia cair...tak rupenya hihi

ni la cheese mahal tu..tp biasanya aku guna yg dlm botol

ni plak domty cheese...eh boleh je baca sdri kan ihixx



till then, buhbye.....



(^_<)^

Wednesday, September 28, 2011

entry of the day


Assalamualaikum.

sy lapowww sy rsa nk makang.

tp tiada makanan di rumah sy.

yang ade cumalah lappy sy, hp sy, kasut sy, earphone sy, dan sebagainya..

rasa nk wat cheese cake la

tp sy mls nk jalan g supermarket beli bahan2

kawan sy dh la cibi...(diarrhea)

so sy kena g sorang la ni...uhh malasnye

tp usaha kan tangga kejayaan

sedangkan Mariam ibu nabi Isa pn kna goyangkan dlu pohon kurma

untuk jatuhkan buah kurma

even time tu dia pregnant

nak dapatkan sesuatu kenala usaha

nak dapatkan makanan(cheese cake)

kenala usaha

so ape tggu lagi..gerakla!

ok nak gerak la ni...

ktewww g supermarket dulu ehh..supermarket tu nama ye kheir zaman.

ktewww pggil ye KZ jewwww

wane KZ ialah hijau...eh perlu ke bgtau?

okie buhbye..lapowww niii @-@

ni la KZ. tp ni kt mane ntah.yg kt umah aku cantik sikit...huehhueh

Sunday, September 25, 2011

cairo here i come~

penat aku kuar duk atas sayap ni semata2 nk amik gmbo


Assalamualaikum

just nk kabo yg aku dh sampai cairo

balik cairo kali ni adelah paling sedih paling homesick...apekah. ptutnya makin bsar mkin meced.

ok semangat semangat! study300000x!!!

malas nk ltak watermark kt pic..amikla klu nk ciplak gmbar kiteww pun.kitewww ade byk ag gmbar..hahah

Monday, September 5, 2011

wat sakit hati je!!!!

Assalamualaikum...

hai hai hai

lama sungguh aku biarkan blog ni berlumut

MALAS nak update and bz

bile serabut je terus ilang mood nk update

so skrg ni dh abis raya barula ade rase keinsafan untuk membersihkan lumut kt sini heheh

malas arr nk story mory pasal raya

RAYA BEST tu je hehe.

k lah bye!

tak ikhlas sungguh update ngko....

banyak nk citer tp nantilah ekk....

tu yang tajuk wat sakit ati je.

wat sakit ati korang je baca entry ni. bukan ade pape pown.

hehe mintak mahap ye. maaf zahir batin selamat hari raya^^


Wednesday, August 17, 2011

rabu tanpa bicara #3 Alhamdulillah~




translate sendiri la yer..hihi~

aku tak ingin, kamu ingin?


tetiba je kan letak sample pic dari laptop=)

Assalamualaikum..

semakin malas nak exercise jari kt sni (update blog)..

al maklumlah duk rumah ni wlpun duk goyang kaki je tp malas jgk nk update

ok ok moh ler kita msuk bab seterusnya..

aku tak ingin.korang ingin?

inginkan ape ni?

ni la...




Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari nerakadituangkan ke dalam kerongkongnya.

Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.

Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.

Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, adapuntentang:

Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.

Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:

“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.”

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.

Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakankeaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.

Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.


aku tak ingin jadi seperti wanita yang disebutkan di atas. korang pun mesti tak ingin kan? kalo yg lelaki tu mmg sah la tak ingin sbb nama pun korang lelaki. yg kt atas tu hukuman untuk wanita-wanita yang berbuat dosa yang dinyatakan. untuk wanita sahaja, bukan untuk lelaki mahupun mak nyah. mak nyah tu hukuman dia lain kira pulak.

ni aku amik kt blog ni....blog tok wan 

semoga kita semua para wanita dijauhkan daripada seksa api neraka..aamin..(dan yg lelaki juga)



tata...

wassalam.



Monday, August 8, 2011

Si Kecil & Si Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera(kalo ade yg non-muslim)

di pagi yang hening i nak celoteh pasal SI KECIL & SI BESAR. sape si kecil itu?bukan sang kancil ye kawan2.

dulu i ade SI BESAR tapi si besar ni asyik bg i problem je.mencik tau.tp i la org yang paling byk bersabar dgn si besar.eh Memeng dah bangun.selingan jap.memeng bangun lalu menjilat2 bulunya.

si besar ni dah la berat.besar plak tu.dah tu lembab lagi.hehe sorry si besar.

si kecil yang ade dgn i skrg ni kecil dan ringan je dah lah chumel hehe.i sayang sgt kat si kecil dan i harap i dapat menatang si kecil bagai minyak yang penuh sebab i ni memang tak pandai nak jaga barang berharga.handphine i eh handphone la.hp i cepat rosak sebab bile i bangun je pagi2 mesti hp i duk bwh katil.nt i dh kahwin tak tahula macamana dgn husband i =P

haritu si besar rosak.ratus-ratus jugakla i spend my money for him eh him or her? lantak pi la i taktau gender u ape. so beberapa hari jugakla tak bersama dgn si besar.tak rindu pun sbb msa tu dh ade si kecil ngeh3.
tapi senanya i dah gadai/jual si besar kat datin.kadang2 i guna jugak si besar tapi rasa lain semacam je.rasa macam i guna TV sebab bila i guna si kecil i rasa yang si besar ni semakin besar je.

sekarang ni i tak berapa ngam lg dgn si kecil sbb si kecil ni kecil molek je.field of vision pun cam terhad gitu.tapi takpela sbb u cantik and gurlish skit i cuba la sesuaikan diri.hehe lagipun u ni ringan je senang i nak kelek ke mana-mana.kalau bawak si besar tu rasa nak tercabut bahu ni.

agak-agak korang la,sapekah si besar and si kecil?

aku cakap terus terang arr...kesian plak nt korang nk pikir...

ni haa....mereka ni la SB and SK

jap ek. baru nk gigibiru pics (>.<)

fuhh setelah 20 minit barula ku temui butang switch on bluetooth...(sambil mengelap peluh di dahi)

Si Kecil. Memeng pun nk interframe skali.msuk kaki pn jadila

Si Besar. telengkan kepala korang 180 darjah.




itu saja celoteh saya pada pagi ni. tata adios amigos!!




Saturday, August 6, 2011

MAnisnya!!!!

Assalamualaikum

semalam aku buat puding karamel (resepi amik kt blog mak hanis zalikha)

sedaapppppppppppppppp! tapi my sis kata SGT MANIS but my mum and dad said it was OK!

tadaaaa!!! this is it.



ni plak Memeng tgh membongkang tido (selingan)



k la bye! my sis si datin muda dh nk guna broadband kesayangan dia nih.

Tuesday, August 2, 2011

MASIH BELUM TERLAMBAT



masih belum terlambat lagi rasanya
untuk aku mengucapkan 
SELAMAT BERPUASA 
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM 
DI SELURUH UNIVERSE^^
bulan Ramadhan sangatlah
SPECIAL sebab ape???
sebab....
pada bulan Ramadhan amalan sunat 
yang kita buat akan 
mendapat ganjaran seperti amalan fardhu
manakala amalan fardhu 
yang dibuat akan dibalas dengan 
pahala 70 kali ganda
best tak? best tak?
SANGAT best kan!
So, moh la kita sama2 memanfaatkan
hadiah yang Allah berikan 
kepada kita
sama-samala kita perbaiki 
diri dan tingkatkan amalan =)


itu saje....wassalam^^




Friday, July 29, 2011

di dapur with abah VS di dapur with mie

Assalamualaikum


perot kosong (eh dah baham kerepek pisang td) tapi nak update blog jugak
masa tgh berkungfu kt dapur aku dpt idea nak wat pasal entry ni
sebab perasaan(cehhh perasaan tuhhh) bila masak dgn abah
adalah berbeza bila masak bersama mie
ok jom kita tgk ape yg beza sgt tuh sampai leh dijadikan topik

1. masak dengan abah lebih pantas
hehe sebabnya kalau mie aku dia jenis yang teliti skit...ade je bnda yg aku wat tu tak kena.semua benda pun nak teliti.kalau abah senang je. mie pun jenis yang masak lambat jugak.hehe bukan nak kutuk tapi mie aku mmg begitu orgnya.mie aku ni cam multi-tasking.kejap dia nak buat tu kejap dia nak buat ni pastu kje jd lmbat siap.....tak tahulah kenapa.

2. abah tak berleter
yang ni paling aku suka. dulu masa tingkatan lagi aku memang pemalas nak masuk dapur nak tolong mie. sebabnya mie suka berleter.aku jadi tak tahan.dulu darah muda lagi kan.suka memberontak hehe takleh tegur sikit nak angin. skrg dah immune dah....kalau masak dgn abah memang smooth je.abah takdela mulut pot pet pot pet masa tgh masak.masing2 tekun memasak.hanya seketika je ada selingan suara abah bg arahan hehe

3. arahan abah clear
arahan abah clear je.pastu kalau aku silap takdela nk kena buat balik ke kena marah ke. kalau mie punya arahan tak clear sgt....ada je yg tak kena pastu kena ulang balik kena wat banyak kali....tensen mak hehe sorry mie=)

tapi sebenarnya yang banyak ajar aku cara2
untuk lebih sempurna di dapur ialah mie. ye la mie kan teliti.
sampai sekarang aku igt...
contohnya masa nak perah santan tu kan kena letak air.aku ni
suka letak tgn bwh air tu msa tadah air untuk perah santan
mie aku ape lagi tegur la dgn suara yg nyaring
tak elok katanya...
pastu aku pun jenis yg suka bukak paip sampai air
keluar dengan lajunya dgn momentum yg kuat
mie aku ape lagi.....tegurla
hehe sampai sekarang bila aku nk bukak paip je mesti bukak slow2 je...
pastu masa nak goreng sayur ke nak letak ikan ke ape ape je la dalam kuali tu
mie suh baca bismillah....
ada banyak lagi yang mie ajar
kalo nak taip sume kat sini penat jugak
so see u soon la ye
ahkak nak g wat air berkaffeine jap(ayak neskepi)


perkara yang best bila dibuat dgn mie ialah shopping! kalau dgn abah memang tak best sbb abah tak suka menunggu...aku ni mmg jenisan lambat kalau bab2 shopping..hehe kadang2 je aku cepat.

okielah papai!!!!
papai

papai

papai

aaahhh loya nak muntah sbb tak makan lagi...

Wednesday, July 27, 2011

asam pedas & bakal bihun goreng

Assalamualaikum

buat pertama kalinya dalam sejarah aku telah berjaya memasak lauk tengahari tanpa bantuan sesiapa pun (kat rumah la kalau kat mesir nun slamber je msk sorang2). heh heh heh aku masak simple je takdela gempak sangat. kelmarin aku masak singgang asam pedas dengan sayur bendi goreng. yup aku suka bendi. dlm kuah singgang asam pedas pun best letak bendi. kat mesir pun ada bendi tapi dia kecik2 je tak macam bendi mesia punya panjang-panjang.

bakal bihun goreng tu plak abah suh aku masak untuk breakfast pagi ni. berdebar-debar rasanya. sebab aku bukan pandai sangat nak wat bihun goreng. kalau bihun sup kegemaran aku pandai la hehe. takpelah kita tibai je la nanti yek. abah aku beria-ia suh aku masak sgt kang tak sedap redha je la.

kemahiran memasak abah aku semakin menjadi-jadi! tak boleh jadi ni! aku kena usaha keras lagi la nampaknya nak lawan masakan abah. tadi abah masak ikan masak merah. memang terbaikla. pastu esok abah dah plan nak wat ikan masak kicap plak. adusss bile turn aku nak masak lagi nih.hehe padahal gembira tak terkata.

tapi aku nak jugak masak untuk family..nak praktis la katakan.nanti kan nak kawin ihiks=P
tapi tu la...abah aku ni bukan suka sangat makan masakan yang aku suka. aku jenis yang suka sup sup cam tom yam, sup ayam, sup abalone haha tipu je. tapi contra plak dengan abah yang suka masakan jenis berlemak seperti gulai,kari,gulai kuning dan masakan kampung lain...hmmmm tu yang aku bia je abah aku masak tu sebab kena dengan selera dia.kalau aku masak dah la tak berapa sedap tak kena dengan selera plak tu.tapi abah kata dia makan je apa yang aku masak.....

till then babai^^

p/s tahniah kat cg aqie yang dah lulus ujian memandu~ jeles i sbb dia lulus skali test je. aku dulu tak lulus bahagian jalan raya.kena retest.nasib baik kali kedua lulus sebab aku dah nak balik egypt dh) bukan apa semua salah JPJ spek itam tu la garang nak mamps.(still nak salahkan org)

Monday, July 25, 2011

Aku yang hilang~

Assalamualaikum.

seminggu yang lepas aku telah hilang. tak tahu ke mana perginya. aku tak jumpa diri aku.

okeh mengarut. aku bukan hilang pun.seminggu lepas tak update blog sebab laptop rosak! aaish

dan dan je aku abis exam tu terus laptop aku rosak. sabor ajelah. so dah seminggu aku tak online sampailah

sekarang ni aku berada di bumi malaysia tercinta..eh jap tahu tak pukul berapa sekarang? pukul 5 pagi

semalam aku tido lewat juga dalam pukul 11.30 tapi tadi tiba-tiba je terjaga ingatkan dah subuh rupanya baru

pukul 3 pagi. aku bangun je la sebab dah tak boleh tido. jet lag punya pasal la ni.

okayla tu je kot. nak cakap ape lagi? emmmm

sekarang ni aku makan masakan abah.dah dua hari abah yang masak sebab mie tak sihat. kenapa aku tak

masak? hehe sebab aku tak pandai sangat masak. abah masak lagi sedap!!! wat kari la wat ayam masak

merah la memang sedap arr. hari ni aku ingat nak masak tapi tak tahu nak masak apa...karang aku masak tak

kena dengan selera abah plaks. kalau masak kat mesir senang...masak la macamana pun kawan2 tibai je

ngeh3

nanti kalau aku masak aku citer arr kat sini hehe

pssst; ada seploh perkataan masak dalam ni haaa tak caya cu kira (tabik spring arr kat org yang kira tu)

till then, papai~

Thursday, July 14, 2011

Yiiiiiihaaaaaaaaaaa Yabeda Bedooo.....HOH HOH HOH

Assalamualaikum..

sekarang ni aku dah terbau-bau ais cendol,ABC,bihun sup,laksa penang dan banyak lagi makanan malaysia kegemaran.hehe

sebabnya............aku dah abis exam!!! cop cop! tak habis secara official lagi la. still ada satu lagi exam oral untuk ophthalmology...huhu tapi exam written alhamdulillah semua dah habis. tinggal oral ophthal je lagi tapi dah rasa lega sikit la sebab oral je...huhu tapi oral bukan sebarang oral, 50 markah tuuuuuuu!!!!!


perasaan sangatlah tidak stabil. bercampur-baur antara happy dan takut. happy sebab dah nak habis exam dan takut sebab nanti dapat result. ape pun aku doakan Allah bagi yang terbaik untuk aku dan lulus dalam exam ni...termasuk kawan2 ku juga=) tolong doakan sekali ye^^

eksaited sangat rasa nak balik ke tanah air. tapi nanti kalau aku balik pun aku tak buat apa2. tapi aku rindu nak balik mesiaaaaa....rindu family rindu rumah rindu suasana malaysia rindu kucing rindu ayam rindu semualah!
semoga aku dapat manfaatkan cuti aku kali ni...bukan asyik tidur saje....(kakakku sila jgn komen psl ni)

aku ingat balik nanti aku nak cuba masak resepi baru..hehe resepi yang aku baru belajar dan aku rasa sedap bila aku masak kah3.saje nak tnjuk skill sket....! nak asah lagi bakat memasak yang sedia ada ni hakhak perasan nak mamps.

oklah babai...saya nak gi blog hopping jap=P

adios amigos!

your honolulu,
the younger sis

kalo aku ingat aku letakla sign2 ni...kalo lupe sorila yer...korang teka la sape yg post entry tu sebenarnya.

Sunday, July 10, 2011

Alhamdulillah..aku selamat buat kerje giler

hari ni aku selamat pulang bersama TBD 109x...huhu..
kerje giler yg aku lakukan adalah aku balik kg ambik keta..
nida temankan aku..
tp dr kg ke marang (umah nida) aku drive sndri..
incik polis ade la wat roadblock tp aku wat selamba je..
cuak punye pasal terlepas bandar marang ..
aku terdrive smpai rantau abang..
sob3...kecian nida terpksa suh mak die antarkan..
actlly..bosan org proton asik duk call suh ambik keta..
nak letak kt umah kt kmpg??
No x3...abis la calar balar kena cakar dek aym n kucing..
so..bawk je la dtg PD..
ummmmmm..tu je la kot..tata..


p/s: 25/7 ni aku test JPJ...hope lulus dgn sekali test je..xmo ulang dah..wat bazir duit aku je..

Friday, July 8, 2011

Selami Jiwa Mereka

Assalamualaikum

sekarang tengah tengok cerita ni. Valley Of Wolves Palestine~

best....!!! cerita action ni.start dari awal sampai akhir pun action thriller. ada 3 orang hero dari turky(boss dia cool giler).dorang pergi ke palestine dan macam2 dorang buat untuk bebaskan palestine.tengokla.best cerita ni. tapi sedih bila mengenangkan nasib rakyat Palestine T_T
rasa geram tak terhingga dekat Moshe.kejam gila orang israel ni
cerita ni pun membuka minda kita sedikit sebanyak tentang sejarah palestine dan orang yahudi.
yahudi ni tak semuanya jahat.yang jahat tu yahudi zionis.

tengokla cerita ni dan selamilah perasaan mereka..rakyat Palestine.


Selamat Menonton!!! bila lagi nak tengok cerita berilmiah macam ni kan?
cerita ni takdela berat sangat. chill je tapi bermanfaat la.
ok bye.....buku teks ophthalmology dah memanggil.
kejap ye sayangku ophthal...skit lagi nak abis cerita ni.kemuncak dah ni =P



Thursday, July 7, 2011

kenapa sume orang buat post pasal running man ni????

kenapa.kenapa.kenapa.

relax arr...igt running man tu variety show hang ke nk emo-emo ni???

cik epal pun suke tengok my running man! oh nooo.....(hello RM u punya ke?)

tak boleh macam ni tak boleh

sharing is caring

caring is loving

hehe okay okay kita share la RM ni

yang pasti RM memang kelakar gile

memang boleh ketawa sampai keluar air mata

ni tengah menahan ni

nanti abis exam baru nak tengok

utamakan yang penting dahulu

exam lebih penting dari RM

katakan YA pada exeng(exam) katakan TIDAK pada RM!!!

sementara je ni keh3

tak lama lagi exam akan berakhir

owhhh....i will MISS u my exam LOL (sarcasm je nih)

k lah buhbye!!!

mana cg aqie tak update blog pun......

your honolulu,
the younger sis~

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Kerja Giler

hujung minggu ni aku nak wat kerje giler..
doakan aku selamat..
klu aku selamat baru aku citerkan ape kerje giler yg aku bakal buat nanti..

p/s: yg pasti aku bukan nk gi sertai perhimpunan bersih..peace yoooo...

Nasib baik tak tertidur tengah jalan @-@

Assalamualaikum semua...!!! tak jawab dosa.jawab sayang! bak kata maria elena.
hari ni saya bangun awal. 
bagus tak bagus tak?
bagus lah dah kau ada exam pukul 8
haruslah bangun awal kan
ni baru je abis exam oral


alhamdulillah doktor semua baik2
LOVE U DOCS!


sempat gak saya jeling2  markah saya...
hehe bolehla..
tak dapat full mark pun
tapi alhamdulillah selesai juga exam harini
so sekarang tinggal lagi satu subjek!!!!!!!!!!
ophthalmology yawww!!


eh hilang plak mengantuk bila menaip kat sini
tadi kemain mengantuk rasa nak tido je msa on the way balik rumah
dalam mengantuk pening kepala siap pi bank lagi 
withdrawal duit
nasib baik saya pi dengan kawan
rasa cam bingung2 je tadi
mengantuk semalam tidur lambat =.=


k lah,
nak pi sambung tengok running man kui3
mlm kang start arr study ophthal...heheh


oh NOOOOO!!!!!!!!!! kena gi pasar beli bahan mentah...


arghhh baru je nak enjoy =.=


booo kena gi pasar boooo






i loike kang gary hikhik ^^ and jong kook too and jae suk too LOL


Monday, July 4, 2011

Kenali Saya =)

Assalamualaikum....

setelah memberi ruang kepada the real owner,

sekarang biarlah saya pula yang berceloteh kat sini  hehe

esok saya ada ujian lisan (oral exam) untuk subjek forensic & toxicology

tapi saya banyak lagi tak revise

saya banyak tido....T_T

rasa malas sangat nak bangun dari katil

teruk gila perangai

wanna know me better?

ok i will let u know some facts about me

1st: my blood group is O (sape nak darah saya boleh je.darah sy sesuai untuk semua jenis darah. tapi sy sendiri hanya boleh terima darah jenis O sahaja.)

2nd: my fingerprints is loops. to be specific,it's  ulnar type. it is the commonest type. blood group O is also the commonest type.so these make me a common homosapiens   YEP I AM COMMON!!!!

hohoho so u know me deeper now!

congratulation!!!

k la bye.

mengarut je saya ni =.=

your Honolulu,
the younger sis^^

Saturday, July 2, 2011

kakak form 5

cikgu yg sempoi..


Mereka pelajar form 2 dan aku, kakak form 5?? Oh Tidak!

aku tak normal

tadi sempena larian 1 murid 1 sukan, ade pemeriksaan kesihatan free..so aku gi la check..ambik berat,tinggi and blood pressure..hasilnya doktor ckp aku xnormal...wahhhhhhhh..malu dowh..ramai plak tu ckgu2 kat situ..BMI aku 17.3..sikit agi nk 18..huk3..aku pom backup la ckp doktor tu..


aku : sebelum ni berat saye 47 kg tp sbb dh smnggu xmkn nasik tu yg trun 2 kg..
doc: knape xmkn? awk diet ke?
aku : eh xde la..sye sakit gg..gg bongsu bru nk tumbuh..xbleh nk kunyah
doc : oo..patutla..ok klu berat awk 47 kg..ummm (smbil tekan2 kalkulator)..BMI awk..masih jugak TAK NORMAL..
aku : HAH???? jengjengjeng..

selama seminggu aku nak tido mlm kena telan painkiller dulu..so dangerous 



inila pic my baby yg segan2 nak kluar tu..so cute smpai xsnggup i nk marah

Friday, July 1, 2011

Cikgu Aqie Baru Nak Tumbuh Gigi

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!

haha macam lama je tak update...bukan ape stress dgn exam la...

esok exam forensic tapi cam persediaan tak mantap sangat. tawakkal je..T_T

gap utk forensic sekejap je. 5 hari je sedangkan buku yang nak kena khatam ada 2 jibik....bukan seploh m/s

tapi 100 m/s lebih utk satu buku so total 200m/s lebih la...ahhhh alasan je semua tu! kalau kau rajin dan tekun

mesti sempat punyalah!

eh kita nak cakap pasal sape senanya nih? tajuk atas tu nak cakap pasal gigi cikgu aqie senanya kui3

cikgu aqie sakit gigi....gigi bongsu dia baru nak keluar kah3 dia baru nak matang

gigi bongsu aku dah lama kot hirup udara segar kat bumi ni. sejak aku abis spm lagi. haha

ok don't be angry like angry bird. semoga gigi cepat tumbuh!=) memang sakit la nak tumbuh gigi bongsu ni.

sabar ye kakakku. nanti dapat kesan sampingan yang berfaedah di mana anda akan menjadi lebih kurus

sebab dah beberapa hari tak makan nasi kan. emmm nak bagi nasihat ape ye? emmmm kalau tak boleh

makan nasi...makanlah nestum=P kenyang skit kot.

ok buhbai! pray for my exam tomorrow and pray for my sister too! tq  in advanced (>.<) ('',) (^.o) (o^o)

empty

zero thing in my stomach

from me, the real aqiecanbest

Thursday, June 30, 2011

Penuh Benci


Jiwa penuh benci

hati penuh benci

macam mana ni?

sakit hati 

i am moody

exam hari sabtu ni

tapi buku tak habis pulun lagi

macam mana ni?

dalam hati ada benci

muka pun dah tak berseri


Wednesday, June 29, 2011

Naik Ke Langit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Di dalam kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,
 

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.(Surah Al-Isra’, ayat:1)


      Setelah Saidatina Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah s.a.w bersandar.Justeru wafatnya kedua insan ini merupakan satu kehilangan besar dalam hidup Rasulullah s.a.w kerana kedua-duanya merupakan sayap perjuangan baginda. 

    Rasulullah s.a.w merasakan kesedihan yang amat sangat dengan kehilangan kedua orang yang sangat dicintainya.Maka tahun pemergian keduanya itu dinamakan dengan tahun kesedihan.Di saat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini,gangguan dan hinaan,aniaya serta siksaan yang dialami baginda dan umat islam semakin hebat.


allah.jpg

Maka pada 27 Rejab, Allah SWT telah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w untuk menjalani Isra' Mi'raj 
iaitu

Al-Isra’:perjalanan yang mulia lagi bersejarah dan Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al- Aqsa di Al-Quds di Palestin, Mi’raj : peristiwa naik kelapisan langit tertinggi di mana Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah bertemu dengan Allah Rabbul Jalil, . Ketika inilah, baginda menerima perintah langsung dari Allah SWT tentang solat lima waktu. Dan kesemuanya ini berlaku dalam semalam sahaja.

masjid.jpg


Hikmah Allah memerintahkan Isra' dan Mi'raj kepada Rasulullah SAW:>Menambahkan kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah di kalangan umat manusia.>Memberikan kekuatan batin kepada nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah.>Menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin
 

Rujukan
-Buku rahsia dan amalan bulan Islam(Kasmuri  Selamat ma)
-Kitab Sirah Rasulullah Terj.  Ustaz Hj Mohd Asri Hj Hashim cetakan 2009 Pustaka Salam
-Muhammad Sa’d Ramadhan al-Buti , Fiqh al-Sirah 1  Terj. Ustaz Mohd Darus Sanawi  Dewan Pustaka Fajar 1983


    Bersama-samalah kita menghayati dan menyelami intipati daripada peristiwa agung Isra' Mi'raj ini. Di samping itu peristiwa Isra' Mi'raj juga, adalah untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

    Oleh itu,marilah kita bersama-sama menzahirkan kefahaman kita tentang perisitwa agung ini kita  dengan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan yang diperintah Allah dan meninggalkan kemungkaran yang dilarang oleh NYA. Semoga kita tergolong sebagai salah seorang daripada umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.


"PROFESSIONAL DAIE,GENERASI RABBANI"


Unit Kempen dan Promosi
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN 2011/2012

Tuesday, June 28, 2011

Demi CintaMu Padaku~~

Assalamualaikum....

Hai Hai Hai

Hari ni saya nak share satu kisah.

Kisah ni berlaku dah lama.

Kawan saya yang cerita.

Citer dia camni...........


   Di dalam sebuah daerah ada seorang hamba yang sangat pemalas dan ada seorang ulama' yang merasa kagum dengan hamba ini walaupun hamba ni seorang yang very the lazy. nak tahu kenapa? haaa jom baca sampai habis.

   Daerah tersebut telah dilanda kemarau yang dasyat. dah lama hujan tak turun. Ulama' ni berdoa la dengan  penuh khusyuk dan lemah lembut agar Allah S.W.T menurunkan hujan. tetapi walaupun telah lama dia berdoa hujan masih belum turun.


   Hinggalah pada suatu hari....hamba yang pemalas ini keluar ke kawasan yang ramai orang lepas tu dia pun berdoa sambil memandang ke langit.

doanya:

     Ya Allah Ya Tuhanku! demi cintaMU kepadaku, turunkanlah hujan!


   Tidak lama selepas itu hujan pun turun membasahi bumi yang kering kontang. Ulama' yang menyaksikan kejadian tersebut sangat terkejut. Macamana Allah boleh memakbulkan permintaan hamba tersebut. dah la hamba tu berdoa dengan suara yang kuat lepastu kata demi cinta Allah kepadanya pula instead of saying cinta dia kepada Allah.


   Ulama' ni pun pergila cari hamba tersebut...dia nak tahu kenapa Allah boleh makbulkan doa hamba tu.
Sampai kat rumah tuan kepada hamba tadi ulama' pun minta izin untuk berjumpa dengan hamba tu. hamba yang pemalas  sedang enak beristirehat. tak buat kerja pun.

  Ulama' ni nak beli hamba tersebut tetapi telah diberikan percuma oleh tuannya. Dia pun bawa hamba tersebut pulang.....dan melayan hamba tersebut dengan layanan sebagai tetamu selama 3 hari.
Selepas 3 hari...Ulama' pun bertanya kepada hamba akan persoalan yang bermain di fikirannya sejak peristiwa yang berlaku tempoh hari.

   Wahai pemuda, apakah amalan yang kamu lakukan sehingga Allah memakbulkan doamu? tanya ulama'
Pemuda tu pun menjawab, tiada amalan  istimewa yang aku lakukan. Ulama' bertanya lagi, kenapa kamu katakan demi cinta Allah kepadamu? sedangkan kita sebagai hamba Allah haruslah mengatakan demi cinta kita kepada Allah.

   Nak tahu apa jawapan hamba tu?

    jawabnya,  sesungguhnya cinta itu milik Allah. cinta yang ada pada aku dikurniakan dari Allah. aku tiada punya apa-apa. sebab itulah aku katakan demi cinta Allah kepadaku. Dialah yang memberi cinta itu.


  Ulama' terpegun mendengar jawapan hamba tersebut. dia berasa amat kagum dengan pemahaman ilmu yang sangat tinggi yang dimiliki oleh hamba itu. sedangkan dia seorang ulama' pun tidak mencapai pemahaman hingga ke tahap itu.

  Begitulah kisahnya....hehe paham x ni? kalau tak paham sila hubungi talian Salamfone.

semoga mendapat pengajaran(>.<)

Monday, June 27, 2011

I Didn't Expect This!

Assalamualaikum

sekarang pukul 11.27 malam waktu cairo and 5.27 waktu terengganu.

petang tadi kan aku ada cakap yang aku tak kisah sangat kalau tak sambut befday aku time exam ni kan...

tapi tapi tapi

terima kasih sahabat2ku

diorang sambut gak befday aku tadi.....walaupun terlebih awal tapi masa tu dah pukul 12 tengah malam waktu malaysia hehe

and i didn't expect this at all....i just expect some wishes or maybe sms wishing happy befday...hehe

sangat terharu dan blurr tadi....

lepas aku update pasal entry ni tadi aku terus gi tido sebab ngantuk tahap babeng.

bila masuk waktu asar aku terjaga dari tido and aku nampak faten farhana a.k.a ten2 dalam bilik aku. ten2 rumah lain. aku cam terkejut la buat ape ko kat sini kan. onie (roomate aku) pun kaver line cakap ten2 nak tido sini malam ni. aku cam oww ok sbb ten2 mmg dah biasa menumpang kasih sayang sleep over kat umah kitorang. pastu aku nampak plak sang bella (masa ni still terdampar atas katil) pastu aku kata ehhhhh asal bella pun ade? cam pelik tapi masih blurrrrrrr.....

bangun dari katil aku pun menuju ke bilik air. dengan muka toya aku terserempak plak dengan naeemah emma fantasia kat depan pintu bilik air. naeemah ucap happy befday...pastu kedengaran pula suara lunak zahidah dari bilik sebelah.aishhh dorang ni tetiba muncul 4 orang serumah mesti ade pape ni.
masa ni aku pun syak la dorang ni datang sini mesti nak sambut befday aku....huhuhuhuhu terharu mak T_T

patutla choda masak awal tadi.balik dari exam terus dia masak. aku pelik la. aik choda awat masak awal sangat ni?( biasa kitorang masak untuk dinner lepas solat asar) choda dengan selamba je kata yang dia nak rehat petang nanti sebab tu masak awal2. aku memang tak syak ape2 la masa tu. siap aku puji lagi budak choda ni sebab biasa kalau balik dari exam mesti ngadap lappy dulu...ngeh3.

pastu bermula la adegan makan2 dengan lahapnya (kecuali zahidah yang sopan ngeh3) tapi sebelum tu baca doa selamat dulu hehe. dorang tanya ape wish aku. aku dengan tak malunya jawab aku nak kahwin cepat....kih3

sorang lagi housemate aku yang aku tak sebut....fatin hehe. fatin ni sejak semalam lagi duk usik2 aku nak sambut ke befday ko esok? aku malas nak layan budak nih...aishhhh.

TERIMA KASIH SEMUA!!!!!! I LARVE U FOREVER LAH!

nasi talam


cantaloupe manis letting

anggur ni banyak senanya tapi dah kena baham ngan kitorang


kek aiskrim karamel^^ bestttttttttttt!

  

tangan masing2 laju mengaut kek 

biasa-biasa je tadi.simple je tapi kenyangnya mak aihhhh....hehe hamdallah.

dah la kek ni diorang simpan dalam peti ais dulu (takut cair plak)
pastu aku cam dengar la diorang ni cakap2
nak kuarkan sekarang ke? ehh tak yah lagi laa nanti siap makan baru keluarkan
aku pun menyampuk. ape? kek ke?sambil mata bersinar2 bling3
diorang terus je kaver line eh tak de kek2 nya...
aku pun uhuksss takpela takde kek aku redha je..
pastu dah siap makan nasi makan buah...aku dah lupa dah pasal kek....tiba2 keluarla ten2 n choda bawak kek and bawak sudu....aku ape lagi...arghhhh korang ni aku dah redha dah xde kek...
memang unexpected la befday kali ni....kalau yg lepas2 bosan je sambut befday tapi dah boleh expect.
dorang pun suka la sebab plan dorang untuk men-surprisekan aku yang blurr ni berjaya. =P

hadiah baru dapat 3.....yang lain mintak tangguh dulu.heheh it's ok my friend it's ok. lambat pun takpe janji ade kah3

ape? korang nak tgk hadiah kita? jap erk kita tunjuk (the gewdikness side of me)

isi dalam tu ade beg galas ngan patung dlm cter sesame street tu aku  x igtla ape nama dia
cik ted dapat kawan baru la...hehe
fuhhhh panjang entry kali ni. penat ke korang baca? well aku yang tulis/taip ni lagi penat ngeh3
skrg dah pukul 12.25 malam...lama gak ko wat entry ni yek.hahaha lambat cam siput sedut=))

Sunday, June 26, 2011

That Awkward Moments

THAT AWKWARD MOMENTS 


IS WHEN YOUR FRIEND JUST 

SING A CATCHY SONG

THEN A FEW MINUTES LATER 

U START SINGING THE SAME SONG 

WITHOUT REALIZING IT! 

(and you have a bad voice LOL)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...