Thursday, June 30, 2011

Penuh Benci


Jiwa penuh benci

hati penuh benci

macam mana ni?

sakit hati 

i am moody

exam hari sabtu ni

tapi buku tak habis pulun lagi

macam mana ni?

dalam hati ada benci

muka pun dah tak berseri


Wednesday, June 29, 2011

Naik Ke Langit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Di dalam kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,
 

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.(Surah Al-Isra’, ayat:1)


      Setelah Saidatina Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah s.a.w bersandar.Justeru wafatnya kedua insan ini merupakan satu kehilangan besar dalam hidup Rasulullah s.a.w kerana kedua-duanya merupakan sayap perjuangan baginda. 

    Rasulullah s.a.w merasakan kesedihan yang amat sangat dengan kehilangan kedua orang yang sangat dicintainya.Maka tahun pemergian keduanya itu dinamakan dengan tahun kesedihan.Di saat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini,gangguan dan hinaan,aniaya serta siksaan yang dialami baginda dan umat islam semakin hebat.


allah.jpg

Maka pada 27 Rejab, Allah SWT telah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w untuk menjalani Isra' Mi'raj 
iaitu

Al-Isra’:perjalanan yang mulia lagi bersejarah dan Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al- Aqsa di Al-Quds di Palestin, Mi’raj : peristiwa naik kelapisan langit tertinggi di mana Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah bertemu dengan Allah Rabbul Jalil, . Ketika inilah, baginda menerima perintah langsung dari Allah SWT tentang solat lima waktu. Dan kesemuanya ini berlaku dalam semalam sahaja.

masjid.jpg


Hikmah Allah memerintahkan Isra' dan Mi'raj kepada Rasulullah SAW:>Menambahkan kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah di kalangan umat manusia.>Memberikan kekuatan batin kepada nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah.>Menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin
 

Rujukan
-Buku rahsia dan amalan bulan Islam(Kasmuri  Selamat ma)
-Kitab Sirah Rasulullah Terj.  Ustaz Hj Mohd Asri Hj Hashim cetakan 2009 Pustaka Salam
-Muhammad Sa’d Ramadhan al-Buti , Fiqh al-Sirah 1  Terj. Ustaz Mohd Darus Sanawi  Dewan Pustaka Fajar 1983


    Bersama-samalah kita menghayati dan menyelami intipati daripada peristiwa agung Isra' Mi'raj ini. Di samping itu peristiwa Isra' Mi'raj juga, adalah untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

    Oleh itu,marilah kita bersama-sama menzahirkan kefahaman kita tentang perisitwa agung ini kita  dengan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan yang diperintah Allah dan meninggalkan kemungkaran yang dilarang oleh NYA. Semoga kita tergolong sebagai salah seorang daripada umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.


"PROFESSIONAL DAIE,GENERASI RABBANI"


Unit Kempen dan Promosi
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN 2011/2012

Tuesday, June 28, 2011

Demi CintaMu Padaku~~

Assalamualaikum....

Hai Hai Hai

Hari ni saya nak share satu kisah.

Kisah ni berlaku dah lama.

Kawan saya yang cerita.

Citer dia camni...........


   Di dalam sebuah daerah ada seorang hamba yang sangat pemalas dan ada seorang ulama' yang merasa kagum dengan hamba ini walaupun hamba ni seorang yang very the lazy. nak tahu kenapa? haaa jom baca sampai habis.

   Daerah tersebut telah dilanda kemarau yang dasyat. dah lama hujan tak turun. Ulama' ni berdoa la dengan  penuh khusyuk dan lemah lembut agar Allah S.W.T menurunkan hujan. tetapi walaupun telah lama dia berdoa hujan masih belum turun.


   Hinggalah pada suatu hari....hamba yang pemalas ini keluar ke kawasan yang ramai orang lepas tu dia pun berdoa sambil memandang ke langit.

doanya:

     Ya Allah Ya Tuhanku! demi cintaMU kepadaku, turunkanlah hujan!


   Tidak lama selepas itu hujan pun turun membasahi bumi yang kering kontang. Ulama' yang menyaksikan kejadian tersebut sangat terkejut. Macamana Allah boleh memakbulkan permintaan hamba tersebut. dah la hamba tu berdoa dengan suara yang kuat lepastu kata demi cinta Allah kepadanya pula instead of saying cinta dia kepada Allah.


   Ulama' ni pun pergila cari hamba tersebut...dia nak tahu kenapa Allah boleh makbulkan doa hamba tu.
Sampai kat rumah tuan kepada hamba tadi ulama' pun minta izin untuk berjumpa dengan hamba tu. hamba yang pemalas  sedang enak beristirehat. tak buat kerja pun.

  Ulama' ni nak beli hamba tersebut tetapi telah diberikan percuma oleh tuannya. Dia pun bawa hamba tersebut pulang.....dan melayan hamba tersebut dengan layanan sebagai tetamu selama 3 hari.
Selepas 3 hari...Ulama' pun bertanya kepada hamba akan persoalan yang bermain di fikirannya sejak peristiwa yang berlaku tempoh hari.

   Wahai pemuda, apakah amalan yang kamu lakukan sehingga Allah memakbulkan doamu? tanya ulama'
Pemuda tu pun menjawab, tiada amalan  istimewa yang aku lakukan. Ulama' bertanya lagi, kenapa kamu katakan demi cinta Allah kepadamu? sedangkan kita sebagai hamba Allah haruslah mengatakan demi cinta kita kepada Allah.

   Nak tahu apa jawapan hamba tu?

    jawabnya,  sesungguhnya cinta itu milik Allah. cinta yang ada pada aku dikurniakan dari Allah. aku tiada punya apa-apa. sebab itulah aku katakan demi cinta Allah kepadaku. Dialah yang memberi cinta itu.


  Ulama' terpegun mendengar jawapan hamba tersebut. dia berasa amat kagum dengan pemahaman ilmu yang sangat tinggi yang dimiliki oleh hamba itu. sedangkan dia seorang ulama' pun tidak mencapai pemahaman hingga ke tahap itu.

  Begitulah kisahnya....hehe paham x ni? kalau tak paham sila hubungi talian Salamfone.

semoga mendapat pengajaran(>.<)

Monday, June 27, 2011

I Didn't Expect This!

Assalamualaikum

sekarang pukul 11.27 malam waktu cairo and 5.27 waktu terengganu.

petang tadi kan aku ada cakap yang aku tak kisah sangat kalau tak sambut befday aku time exam ni kan...

tapi tapi tapi

terima kasih sahabat2ku

diorang sambut gak befday aku tadi.....walaupun terlebih awal tapi masa tu dah pukul 12 tengah malam waktu malaysia hehe

and i didn't expect this at all....i just expect some wishes or maybe sms wishing happy befday...hehe

sangat terharu dan blurr tadi....

lepas aku update pasal entry ni tadi aku terus gi tido sebab ngantuk tahap babeng.

bila masuk waktu asar aku terjaga dari tido and aku nampak faten farhana a.k.a ten2 dalam bilik aku. ten2 rumah lain. aku cam terkejut la buat ape ko kat sini kan. onie (roomate aku) pun kaver line cakap ten2 nak tido sini malam ni. aku cam oww ok sbb ten2 mmg dah biasa menumpang kasih sayang sleep over kat umah kitorang. pastu aku nampak plak sang bella (masa ni still terdampar atas katil) pastu aku kata ehhhhh asal bella pun ade? cam pelik tapi masih blurrrrrrr.....

bangun dari katil aku pun menuju ke bilik air. dengan muka toya aku terserempak plak dengan naeemah emma fantasia kat depan pintu bilik air. naeemah ucap happy befday...pastu kedengaran pula suara lunak zahidah dari bilik sebelah.aishhh dorang ni tetiba muncul 4 orang serumah mesti ade pape ni.
masa ni aku pun syak la dorang ni datang sini mesti nak sambut befday aku....huhuhuhuhu terharu mak T_T

patutla choda masak awal tadi.balik dari exam terus dia masak. aku pelik la. aik choda awat masak awal sangat ni?( biasa kitorang masak untuk dinner lepas solat asar) choda dengan selamba je kata yang dia nak rehat petang nanti sebab tu masak awal2. aku memang tak syak ape2 la masa tu. siap aku puji lagi budak choda ni sebab biasa kalau balik dari exam mesti ngadap lappy dulu...ngeh3.

pastu bermula la adegan makan2 dengan lahapnya (kecuali zahidah yang sopan ngeh3) tapi sebelum tu baca doa selamat dulu hehe. dorang tanya ape wish aku. aku dengan tak malunya jawab aku nak kahwin cepat....kih3

sorang lagi housemate aku yang aku tak sebut....fatin hehe. fatin ni sejak semalam lagi duk usik2 aku nak sambut ke befday ko esok? aku malas nak layan budak nih...aishhhh.

TERIMA KASIH SEMUA!!!!!! I LARVE U FOREVER LAH!

nasi talam


cantaloupe manis letting

anggur ni banyak senanya tapi dah kena baham ngan kitorang


kek aiskrim karamel^^ bestttttttttttt!

  

tangan masing2 laju mengaut kek 

biasa-biasa je tadi.simple je tapi kenyangnya mak aihhhh....hehe hamdallah.

dah la kek ni diorang simpan dalam peti ais dulu (takut cair plak)
pastu aku cam dengar la diorang ni cakap2
nak kuarkan sekarang ke? ehh tak yah lagi laa nanti siap makan baru keluarkan
aku pun menyampuk. ape? kek ke?sambil mata bersinar2 bling3
diorang terus je kaver line eh tak de kek2 nya...
aku pun uhuksss takpela takde kek aku redha je..
pastu dah siap makan nasi makan buah...aku dah lupa dah pasal kek....tiba2 keluarla ten2 n choda bawak kek and bawak sudu....aku ape lagi...arghhhh korang ni aku dah redha dah xde kek...
memang unexpected la befday kali ni....kalau yg lepas2 bosan je sambut befday tapi dah boleh expect.
dorang pun suka la sebab plan dorang untuk men-surprisekan aku yang blurr ni berjaya. =P

hadiah baru dapat 3.....yang lain mintak tangguh dulu.heheh it's ok my friend it's ok. lambat pun takpe janji ade kah3

ape? korang nak tgk hadiah kita? jap erk kita tunjuk (the gewdikness side of me)

isi dalam tu ade beg galas ngan patung dlm cter sesame street tu aku  x igtla ape nama dia
cik ted dapat kawan baru la...hehe
fuhhhh panjang entry kali ni. penat ke korang baca? well aku yang tulis/taip ni lagi penat ngeh3
skrg dah pukul 12.25 malam...lama gak ko wat entry ni yek.hahaha lambat cam siput sedut=))

Sunday, June 26, 2011

That Awkward Moments

THAT AWKWARD MOMENTS 


IS WHEN YOUR FRIEND JUST 

SING A CATCHY SONG

THEN A FEW MINUTES LATER 

U START SINGING THE SAME SONG 

WITHOUT REALIZING IT! 

(and you have a bad voice LOL)




Exam,Befday,Insomnia dan Aku

Assalamualaikum...

Argghhhh sakit kepala tak tidur dari semalam. hanya tidur-tidur ayam sahaja. tadi exam practical ENT dan juga ujian lisan. malas aku nak cakap pasal exam. Alhamdulillah sebab dah lepas 2 papers tinggal lagi 2 papers and then i will come back to terengganu tanah air tercinta.

aku tak suka bila exam. bila exam aku akan jadi insomnia. aku tak boleh tido malam....tido siang boleh tapi tu pun payah.....tadi masa exam rasa sakit la jugak kepala sebab tak tido tapi alhamdulillah boleh juga jawab....bukan tak boleh langsung. aku rasa nak terus tido sekarang ni tapi tak boleh pula.

aku tak suka bila exam. bila exam je mesti besday aku. bila besday aku je mesti exam. tak terasa nak sambut besday pun. kawan-kawan pun sibuk nak exam. aku pun malas nak pikir pasal besday ni.....nak pikir pasal exam pun tak larat. buat apa nak sambut. just doa je la selamat dunia akhirat. perlu juga muhasabah diri yang dah semakin tua tapi amalan masih sedikit. doakan aku ye!

dah la..sakit kepala. tak sabar nak habis exam nak dapat nikmat tido semula.

Saturday, June 25, 2011

My Aim When I Come Back To Hometown

Assalamualaikum................! jawab dapat pahala     




So this is my aim......!  Taddaaaaaa!!!! banyakla pulak tanda seru ko! eh tanda seru lagi.







   hoho takdela gempak sangat aim saya ni ( guna kata ganti nama saya sebab sekarang i tengah sopan ) tart telur je pun....tapi best la...lama saya tak makan ni...rindu sangat nak makan tart telur yang rapuh lembut lagi gebu.
   Sebab saya mengidam sangat is becoz masa balik raya tahun lepas saya tak sempat nak makan....eh sempat makan tapi yang tak sedap beli kat bazar ramadhan...saya nak yang sedap yang masak sama rata yang telur dia tu lembut lemak berkrimmmmmm!!!!! bukan macam yang kat bazarrrr....nak makan sedap buat la sendiri makcik! 
   Dah try buat dah aritu tapi tak menjadi....lagi buruk ghupenya berbanding tart kat bazar yang saya kutuk tu. rasanya plak tok sah cakapla memang fail! T_T
    Tart yang saya nak makan ialah tart yang jual dekat gerai kuih muih kat Gong Kapas. Masa bulan puasa tahun lepas singgah la kejap kat gerai tu sebab mie kirim suh belikan kuih...masa tu saya,kakak,kakak sorg lagi,adik dan abah. kitorang g bandar kuala terengganu so on the way balik singgah la kejap kat gerai kuih muih.
    Saya ni memang kecur dah ailiur tengok kuih tart kesayangan.tanpa melihat orang sekeliling terus amik tart telur dengan rakusnya dan bayar. ada jugak beli kuih lain. hati memang berbunga sangatla masa tu...rasa di awangan je membayangkan saat berbuka puasa dapat ngap tart telur.
    Lalalalala lala lalalalalala gembiranya tak terkata....masa dalam kete, saya terus belek2 hasil pembelian tadi. nak tengok macamana keadaan tart telur kesayangan saya..ok ke dia duk dlm plastik tuh tak berpeluh ke.
    Belek punya belek arrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh TIDAK.... di manakah gerangan plastik yang mengandungi tart telur? mana? mana? mengapa ini semua harus terjadi......apa salahku?
   Rupa-rupanya saya telah meninggalkan plastik tart telur keseorangan kat gerai kuih tadi.......macamana boleh tertinggal...ni mesti sebab rambang mata tengok kuih muih lain kan. tu lah sapa suh curang! dah bayar pulak tu...huhu memang bukan rezekiku.
   Kalau balik malaysia nanti saya pergi balik gerai tu and then cerita kat pak cik jual kuih yang saya ada tertinggal kuih tart kat gerai dia tahun lepas boleh tak? pastu mintak dia gantikan yang baru. agak2 dia kasi tak? huargh huargh huargh 




me here,as usual,
the younger sis <3

Friday, June 24, 2011

tak sangka! tak sangka! tak sangka!

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


bukak blog harini dapat berita mengejutkan!


tgk ade  follower baru and guess what the one who follow bukan calang-calang orang! dia dah lama berblog and blog dia pun best dan terbaik!


aku baca blog dia dah lama...sebelum aku menumpang jadi penulis dalam blog ni lagi...masa zaman jadi silent reader dulu. blog dia antara blog yang wajib aku baca. blog dia best sebab bahasa dia unik sempoi dan ada maksud tersurat dan tersirat dan ada pengajaran dia...tapi nak baca blog dia kena open minded skit la.


biasa aku akan pergi blog dia melalui link kat satu blog ni....blog ni memang banyak link yg aku suka and everytime aku nak blog walking aku akan pi blog ni and just click kat senarai blog yang aku suka ngeh3.
tapi tiba2 je owner blog yang byk link blog best2 ni delete link2 tersebut tak tahu la ape kes...


so aku kehilangan jejak blog si MUKA SURAT SULIT NAZ ni....aku tak hapal link blog dia....aku try google tapi tak jumpa....last-last semalam masa tengah blogwalking(kantoi tak study) aku jumpa satu blog ni yang ade link blog naz. aku apa lagi terus klik laju2 and selamatla sampai ke blog yang aku cari-cari selama nih ngeh3. a ah memang mencari pun keh3. sambil-sambil baca entry terbaru dia aku pun tinggal la jejak waste product kat chat box dia sebab excited sangat dah jumpa blog kan. dan tanpa membuang masa aku follow blog dia tak nak lost track lagi pas ni. 


aku tak harap pun dia follow aku balik ye la dia blogger otai kot ramai follower and dia berbakat menulis aku ni apela sangat......terima kasih ye follow. tak sangka sebab kalau blogger tu dah ramai follower memang tak de nya dia nak follow kita balik....ke kamu kesian tgk follower saya baru 10 orang? ape-ape saja la... yang pasti saya sangat gembira hari ni^^

Sexual Offences

Assalamualaikum.................tak jawab dosa tau

Aku update kejap je nih..nak gi baca blog buku plak. okeh tipu. aku dah baca buku medik tadi...baca bab firearm injury best gilak. pasni exam forensic medicine & toxicology plak tapi still ade exam practical and oral ENT(ORL) so cam pening skit nak baca forensic and dlm masa yang sama nak baca ENT.....essay ENT haritu susah gilak okeh...dah la terus tahu jawapan ape untuk diagnosis case  grrrrrrrrrrr....ok usah dikenang lagi.

Jom fokus untuk forensic & toxicology plak. moga2

Antara topik penting untuk forensic & toxic.....

klik picture untuk tumbesaran yang sihat

Aku pun tak tahu ape motif dia tunjuk kat situ. maybe dia terkejut tajuk ni masuk exam or maybe juga dia excited. yang penting tu memang bukan jari aku & tak akan jadi jari aku.

Aku suka belajar forensic & toxic sebab BEST! kita boleh tahu camne orang tu boleh mati w/o asking him/her..memang sah la tak boleh tanya dah nama pun ko bedah siasat mayat kan. lain la kalau ada sixth sense or ilmu hitam. semua tanda kat body cadaver tu penting.....adala cara-cara dia...nak tahu tengokla CSI. tapi forensic ni bukan limit nak tahu camna cara mati saja...boleh jugak tahu siapa yang buat jenayah tu and macam2 lagi yang berkait.....toxic pun best belajar pasal effect drugs kalau amik toxic dose and how to treat and so on la.....kalau aku ni tak jujur or pembunuh bersiri or sociopath boleh je aku nak praktis mendalah yang aku belajar ni...tapi ingat main utama kita kat bumi Allah ni bukanlah nak bawa kerosakan kat muka bumi ni...kita nak bawa kebaikan dan tolong orang bukan nak pedajal orang...ye anak-anak dengar ni mak mohd adif cakap.

Aku suka belajar je...suka belajar tak semestinya suka bedah mayat and bercakap dengan mayat...
seram kot.....hari-hari mengadap mayat.ngeh3. tanak jadi ahli forensic walaupun minat subjek ni.

ok la bye.....nak gi usha slide ENT plak ni....karang kena diagnose ape tak tahu matik aku...sambil-sambil tu blogwalking hehehe multi-tasking superwoman la katakan...iyo larr tuhhhhhhaktuih.

Thursday, June 23, 2011

Ulama' Kepala Keldai

Assalamualaikum..


Pernah dengar pasal citer ni x? citer ulama yang berkepala keldai.
gambar hiasan
Citer ni aku dapat dari Ustaz Nazrul masa beliau mengajar untuk kelas yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan (BPI). ustaz ni banyak cerita pasal ulama' yang aku tak pernah dengar. dia adalah antara mereka yang sangat memuliakan golongan ulama' ni.


Ok citer dia camni, ada seorang ulama' tu dia tak pernah tunjukkan muka dia. dia selalu pakai kotak kat kepala untuk tutup kepala dia.
Time mengajar anal anak murid dia pun dia pakai kotak.


Pada suatu hari adalah sorang anak murid dia ni curious sangat nak tahu kenapa dia pakai kotak tutup kepala. Dia pun bertanyalah akan gurunya perihal tersebut..(ayat klasik tak nak kalah)


Setelah ditanya berkali-kali....Ulama' ni pun ceritalah yang dulu dia pernah ragu-ragu dengan hadis rasulullah, mafhumnya:


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar atau rupanya (keseluruhan tubuh badannya) menjadi rupa himar“? Riwayat Bukari dan Muslim.

Pastu Ulama' ni masa dia tengah solat berjemaah dia pun nak uji
betul ke kalau mendahului imam ni kepala akan tukar jadi kepala keldai. Masa tengah ruku' kalau tak silap, Ulama' ni bangun dulu dari imam sebab dia nak tengok betul ke apa yang rasulullah sebut tu benar-benar akan terjadi.


Maka dengan izin Allah kepala ulama' ni benar-benar bertukar menjadi kepala keldai....sejak dari peristiwa itu dia pun insaf dan mengakui hadis tersebut.Begitulah kisahnya...mak aih dah tido ke? baru citer skit...nah baca pengajaran dulu pastu baru leh tido.


pengajaran:


1) ustaz Nazrul cakap kita jangan nak Su'udzhon(bersangka buruk) plak dengan ulama' ni dengan kesalahan dia. dia lagi banyak amalan dari kita.dia lebih baik dari kita.siapalah kita nak dibandingkan dengan dia.


2)Allah sayangkan ulama' ni sebab tu lah dia nak tunjuk kebesaranNYA dengan menjadikan kepala ulama' ni kepala keldai supaya ulama' ni tidak ragu-ragu lagi.


3)Besar ujian Ulama' ni...Allah hanya menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung mengikut kemampuan masing-masing.


4)Lepas ni jangan nak cuba-cuba dahului imam sudah. kalau kepala anda jadi kepala keldai not my fault okay! =P


-Rujukan untuk kesahihan------> klik sini


live from Cairo.
sekianterimakasih...=) (>.<) (~.<) ^^,
cantik gak kalau org bagi aku bento mcm ni

F



windows aku memang not genuine......T_T


nanti nak beli lappy baru nak letak background image cantik-cantik.


pesanan penaja: cikgu aqie sangat bz skarang nih....dia takleh update blog. jenguk blog ni pun payah.


blog ni dah jadi cam blog aku sorang je....asyik aku je yg update. aku ada gak suh dia update tapi dia mmg
tengah bz...org keje ni mmg bz ke? nanti kalo aku pn dah keje sape nak curahkan kasih sayang kat blog berhantu ni?

HUJAN

aku suka

aku suka sangat

aku suka sangat bunyi hujan

aku suka juga

aku suka juga bunyi guruh

aku suka juga

aku suka juga bunyi kilat sabung menyabung

ok tipu. aku takut bunyi kilat lantas tangan pantas

tutup suis lappy dan tv 

sebab ada pengalaman hitam pernah tak tutup tv 

masa kilat petir panah memanah so tv

kena panah petir lalu rosak

tapi dah lama aku tak dengar bunyi hujan

bunyi hujan yang macam dalam blog ni

sebab kat cairo jarang hujan

setahun hanya 2-3 kali je hujan

tapi sekali hujan terus banjir

sini tiada longkang

ye la buat ape nak wat longkang kalau hujan

hanya 2 kali setahun

nanti longkang dipenuhi sampah adala

(>~)' bye!


blogger.com kena hack ke??????????????




kenapa tak bleh nak upload gambar ni??????

tensi mak!

nak gi study la camni

keh3 yelatu

padahal dari tadi asek ngadap lappy

opocot mak hang!!!

haish bdk arab mane main mercun ni

terkejut ai @.@

k la...bye...bosan...

Monday, June 20, 2011

Soalan Membunuh Dari My Nephew

Assalamualaikum


bertemu lagi kita dalam sesi mari bercerita bersama parasit blog yang tak boleh tido sebab 


dah tido siang tadi =P


masa saya balik malaysia sempena revolusi kat mesir haritu anak sedara saya(adam) ask me 


a killer question.


killer for me la i don't know if this question is not killer enough for u guys.


masa tu kitorang tengah lepak-lepak atas katil sebelum titun(tidur)


ye adam ni suka tido dgn mak cik dia yang cantik lembut comel ni kih3 adam yg  cakap camtu 


bukan saya reka sendiri harap maklum.


adam: che da ku yang lembut comel, Rasulullah tu siapa?


che da: emmmm emmmmm (camne nak jawab nih..) rasulullah tu nabi kita la.nabi 


Muhammad..


sungguh tak menepati skema jawapan saya nih....=.= teruk betul


adam: abes tu Allah tu siapa plak?


che da: (aiseh budak ni...ape aku nak jawab nih) emmmm emmmm  Allah tu tuhan kita la...


ku lihat muka adam berkerut-kerut....tak puas hati dengan jawapan saya agaknya T-T


aisehhhh.....barula kusedar yang diri ini masih lemah untuk bawa Islam....nak cerita pasal 


Allah dan rasul pun fail....


sekembalinya ke mesir...perbualan itu masih menghantui pikiranku....(pikiranku tak dapat ku 


mengerti kaki di kepala kepala di kaki ecehhh tetiba nyanyi lagu peterpan)


sepatutnya saya kena la jawab yang Allah tu tuhan sekalian alam yang menciptakan dan 


menguasai langit dan bumi....dan terangkan dengan lebih mendalam lagi bagi budak tu 


paham....=.=


rasulullah tu pulak rasul yang diutus oleh Allah untuk memimpin umat islam.......................=.=


maafkan che da wahai anak sedaraku.....=.=

jaguh kampung dengan ayam kesayangan


nanti che da balik che da clarify balik kat adam ye hehe^^


pastu adam ajar che da nyanyi lagu sang harimau


p/s: a ah anak sedara saya panggil saya che da, owner blog ni (my older sis) dia panggil achik


che da: adam sayang achik ke che da?


adam: che da!


kah kah kah....................................................................................................

Banyaknya dosaku...=.=

Tadi baca blog ni pastu ade satu artikel menarik dari Artikel iluvislam.com
best artikel ni...bacala..
IQBALSYARIE BIN SHAARI                                               
Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu. Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.
Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.
Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.
Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.
Bagaimana?
Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?
Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.
Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.
Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.
Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.
Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.
Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah. Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.
Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum.Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?
Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.
Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.
Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga. Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

Sunday, June 19, 2011

Blog Ni Berhantu Laaa....@_@

Assalamualaikum pembuka bicara,
Izinkan saya berbicara.


haaaa hebat tak pantun 2 kerat yang baru aku/saya reka ni? (kalau rasa sempoi guna aku kalau rasa ayu guna saya)


aku/saya rasa blog ni berhantu la.......


eeiiiii takut la plak...


ye betul..


nak tahu kenapa?


sebab....


nah ni buktinya




cuba tengok...eh mesti tengah tengok pun kan.


semua keywords ada hantu........eiiiiii memang berhantu betol


ni semua gara-gara entry my sis(owner blog ni) pasal hantu kerusi goyang dia tu


nak tengok hantu tu klik sini hantu goyang gerudi


tengok tu keyword hantu merangkak pun ade....SERAM bai....hantu merangkak plak kat blog aku/saya nih.....


shuuuh shuuuh pi main jauh2 jangan datang blog ni. kembalilah ke tempat asalmu!!!!!!


aiseh seram la plak bila taip pasal hantu ni.....

dah la sekarang ni tengah malam kat cairo ni.....me not sleeping yet...me having exam-related-insomnia-syndrome...T_T poor me.....uhuks


hari selasa ni exam ENT.....ear nose & throat


alhamdulillah adala 80% aku/saya dah baca....tapi banyak lagi yang tak master...


kenapa asyik update blog? tak study ke? dah study....kini aku/saya ingin mengembara ke 


dunia maya sebentar.....tak tidur malam ni...tunggu subuh terus alang2 subuh pukul 3.00pagi 


kan...pas subuh terus binggggggg! tidola keh3


p/s: hey sistas! update la belog.....ai rindu u la.....wlpon i taw u tak rindu i pun tapi i tetap 
rindu u(sambil wat nada gewwdikk cam dalam video matluthfi ni------>i loike matluthfi90

k la, BYE!!!!!!!! adios amigosssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...