Thursday, June 30, 2011

Penuh Benci


Jiwa penuh benci

hati penuh benci

macam mana ni?

sakit hati 

i am moody

exam hari sabtu ni

tapi buku tak habis pulun lagi

macam mana ni?

dalam hati ada benci

muka pun dah tak berseri


Wednesday, June 29, 2011

Naik Ke Langit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Di dalam kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,
 

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.(Surah Al-Isra’, ayat:1)


      Setelah Saidatina Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah s.a.w bersandar.Justeru wafatnya kedua insan ini merupakan satu kehilangan besar dalam hidup Rasulullah s.a.w kerana kedua-duanya merupakan sayap perjuangan baginda. 

    Rasulullah s.a.w merasakan kesedihan yang amat sangat dengan kehilangan kedua orang yang sangat dicintainya.Maka tahun pemergian keduanya itu dinamakan dengan tahun kesedihan.Di saat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini,gangguan dan hinaan,aniaya serta siksaan yang dialami baginda dan umat islam semakin hebat.


allah.jpg

Maka pada 27 Rejab, Allah SWT telah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w untuk menjalani Isra' Mi'raj 
iaitu

Al-Isra’:perjalanan yang mulia lagi bersejarah dan Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al- Aqsa di Al-Quds di Palestin, Mi’raj : peristiwa naik kelapisan langit tertinggi di mana Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah bertemu dengan Allah Rabbul Jalil, . Ketika inilah, baginda menerima perintah langsung dari Allah SWT tentang solat lima waktu. Dan kesemuanya ini berlaku dalam semalam sahaja.

masjid.jpg


Hikmah Allah memerintahkan Isra' dan Mi'raj kepada Rasulullah SAW:>Menambahkan kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah di kalangan umat manusia.>Memberikan kekuatan batin kepada nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah.>Menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin
 

Rujukan
-Buku rahsia dan amalan bulan Islam(Kasmuri  Selamat ma)
-Kitab Sirah Rasulullah Terj.  Ustaz Hj Mohd Asri Hj Hashim cetakan 2009 Pustaka Salam
-Muhammad Sa’d Ramadhan al-Buti , Fiqh al-Sirah 1  Terj. Ustaz Mohd Darus Sanawi  Dewan Pustaka Fajar 1983


    Bersama-samalah kita menghayati dan menyelami intipati daripada peristiwa agung Isra' Mi'raj ini. Di samping itu peristiwa Isra' Mi'raj juga, adalah untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

    Oleh itu,marilah kita bersama-sama menzahirkan kefahaman kita tentang perisitwa agung ini kita  dengan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan yang diperintah Allah dan meninggalkan kemungkaran yang dilarang oleh NYA. Semoga kita tergolong sebagai salah seorang daripada umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.


"PROFESSIONAL DAIE,GENERASI RABBANI"


Unit Kempen dan Promosi
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN 2011/2012

Tuesday, June 28, 2011

Demi CintaMu Padaku~~

Assalamualaikum....

Hai Hai Hai

Hari ni saya nak share satu kisah.

Kisah ni berlaku dah lama.

Kawan saya yang cerita.

Citer dia camni...........


   Di dalam sebuah daerah ada seorang hamba yang sangat pemalas dan ada seorang ulama' yang merasa kagum dengan hamba ini walaupun hamba ni seorang yang very the lazy. nak tahu kenapa? haaa jom baca sampai habis.

   Daerah tersebut telah dilanda kemarau yang dasyat. dah lama hujan tak turun. Ulama' ni berdoa la dengan  penuh khusyuk dan lemah lembut agar Allah S.W.T menurunkan hujan. tetapi walaupun telah lama dia berdoa hujan masih belum turun.


   Hinggalah pada suatu hari....hamba yang pemalas ini keluar ke kawasan yang ramai orang lepas tu dia pun berdoa sambil memandang ke langit.

doanya:

     Ya Allah Ya Tuhanku! demi cintaMU kepadaku, turunkanlah hujan!


   Tidak lama selepas itu hujan pun turun membasahi bumi yang kering kontang. Ulama' yang menyaksikan kejadian tersebut sangat terkejut. Macamana Allah boleh memakbulkan permintaan hamba tersebut. dah la hamba tu berdoa dengan suara yang kuat lepastu kata demi cinta Allah kepadanya pula instead of saying cinta dia kepada Allah.


   Ulama' ni pun pergila cari hamba tersebut...dia nak tahu kenapa Allah boleh makbulkan doa hamba tu.
Sampai kat rumah tuan kepada hamba tadi ulama' pun minta izin untuk berjumpa dengan hamba tu. hamba yang pemalas  sedang enak beristirehat. tak buat kerja pun.

  Ulama' ni nak beli hamba tersebut tetapi telah diberikan percuma oleh tuannya. Dia pun bawa hamba tersebut pulang.....dan melayan hamba tersebut dengan layanan sebagai tetamu selama 3 hari.
Selepas 3 hari...Ulama' pun bertanya kepada hamba akan persoalan yang bermain di fikirannya sejak peristiwa yang berlaku tempoh hari.

   Wahai pemuda, apakah amalan yang kamu lakukan sehingga Allah memakbulkan doamu? tanya ulama'
Pemuda tu pun menjawab, tiada amalan  istimewa yang aku lakukan. Ulama' bertanya lagi, kenapa kamu katakan demi cinta Allah kepadamu? sedangkan kita sebagai hamba Allah haruslah mengatakan demi cinta kita kepada Allah.

   Nak tahu apa jawapan hamba tu?

    jawabnya,  sesungguhnya cinta itu milik Allah. cinta yang ada pada aku dikurniakan dari Allah. aku tiada punya apa-apa. sebab itulah aku katakan demi cinta Allah kepadaku. Dialah yang memberi cinta itu.


  Ulama' terpegun mendengar jawapan hamba tersebut. dia berasa amat kagum dengan pemahaman ilmu yang sangat tinggi yang dimiliki oleh hamba itu. sedangkan dia seorang ulama' pun tidak mencapai pemahaman hingga ke tahap itu.

  Begitulah kisahnya....hehe paham x ni? kalau tak paham sila hubungi talian Salamfone.

semoga mendapat pengajaran(>.<)

Monday, June 27, 2011

I Didn't Expect This!

Assalamualaikum

sekarang pukul 11.27 malam waktu cairo and 5.27 waktu terengganu.

petang tadi kan aku ada cakap yang aku tak kisah sangat kalau tak sambut befday aku time exam ni kan...

tapi tapi tapi

terima kasih sahabat2ku

diorang sambut gak befday aku tadi.....walaupun terlebih awal tapi masa tu dah pukul 12 tengah malam waktu malaysia hehe

and i didn't expect this at all....i just expect some wishes or maybe sms wishing happy befday...hehe

sangat terharu dan blurr tadi....

lepas aku update pasal entry ni tadi aku terus gi tido sebab ngantuk tahap babeng.

bila masuk waktu asar aku terjaga dari tido and aku nampak faten farhana a.k.a ten2 dalam bilik aku. ten2 rumah lain. aku cam terkejut la buat ape ko kat sini kan. onie (roomate aku) pun kaver line cakap ten2 nak tido sini malam ni. aku cam oww ok sbb ten2 mmg dah biasa menumpang kasih sayang sleep over kat umah kitorang. pastu aku nampak plak sang bella (masa ni still terdampar atas katil) pastu aku kata ehhhhh asal bella pun ade? cam pelik tapi masih blurrrrrrr.....

bangun dari katil aku pun menuju ke bilik air. dengan muka toya aku terserempak plak dengan naeemah emma fantasia kat depan pintu bilik air. naeemah ucap happy befday...pastu kedengaran pula suara lunak zahidah dari bilik sebelah.aishhh dorang ni tetiba muncul 4 orang serumah mesti ade pape ni.
masa ni aku pun syak la dorang ni datang sini mesti nak sambut befday aku....huhuhuhuhu terharu mak T_T

patutla choda masak awal tadi.balik dari exam terus dia masak. aku pelik la. aik choda awat masak awal sangat ni?( biasa kitorang masak untuk dinner lepas solat asar) choda dengan selamba je kata yang dia nak rehat petang nanti sebab tu masak awal2. aku memang tak syak ape2 la masa tu. siap aku puji lagi budak choda ni sebab biasa kalau balik dari exam mesti ngadap lappy dulu...ngeh3.

pastu bermula la adegan makan2 dengan lahapnya (kecuali zahidah yang sopan ngeh3) tapi sebelum tu baca doa selamat dulu hehe. dorang tanya ape wish aku. aku dengan tak malunya jawab aku nak kahwin cepat....kih3

sorang lagi housemate aku yang aku tak sebut....fatin hehe. fatin ni sejak semalam lagi duk usik2 aku nak sambut ke befday ko esok? aku malas nak layan budak nih...aishhhh.

TERIMA KASIH SEMUA!!!!!! I LARVE U FOREVER LAH!

nasi talam


cantaloupe manis letting

anggur ni banyak senanya tapi dah kena baham ngan kitorang


kek aiskrim karamel^^ bestttttttttttt!

  

tangan masing2 laju mengaut kek 

biasa-biasa je tadi.simple je tapi kenyangnya mak aihhhh....hehe hamdallah.

dah la kek ni diorang simpan dalam peti ais dulu (takut cair plak)
pastu aku cam dengar la diorang ni cakap2
nak kuarkan sekarang ke? ehh tak yah lagi laa nanti siap makan baru keluarkan
aku pun menyampuk. ape? kek ke?sambil mata bersinar2 bling3
diorang terus je kaver line eh tak de kek2 nya...
aku pun uhuksss takpela takde kek aku redha je..
pastu dah siap makan nasi makan buah...aku dah lupa dah pasal kek....tiba2 keluarla ten2 n choda bawak kek and bawak sudu....aku ape lagi...arghhhh korang ni aku dah redha dah xde kek...
memang unexpected la befday kali ni....kalau yg lepas2 bosan je sambut befday tapi dah boleh expect.
dorang pun suka la sebab plan dorang untuk men-surprisekan aku yang blurr ni berjaya. =P

hadiah baru dapat 3.....yang lain mintak tangguh dulu.heheh it's ok my friend it's ok. lambat pun takpe janji ade kah3

ape? korang nak tgk hadiah kita? jap erk kita tunjuk (the gewdikness side of me)

isi dalam tu ade beg galas ngan patung dlm cter sesame street tu aku  x igtla ape nama dia
cik ted dapat kawan baru la...hehe
fuhhhh panjang entry kali ni. penat ke korang baca? well aku yang tulis/taip ni lagi penat ngeh3
skrg dah pukul 12.25 malam...lama gak ko wat entry ni yek.hahaha lambat cam siput sedut=))

Sunday, June 26, 2011

That Awkward Moments

THAT AWKWARD MOMENTS 


IS WHEN YOUR FRIEND JUST 

SING A CATCHY SONG

THEN A FEW MINUTES LATER 

U START SINGING THE SAME SONG 

WITHOUT REALIZING IT! 

(and you have a bad voice LOL)




Exam,Befday,Insomnia dan Aku

Assalamualaikum...

Argghhhh sakit kepala tak tidur dari semalam. hanya tidur-tidur ayam sahaja. tadi exam practical ENT dan juga ujian lisan. malas aku nak cakap pasal exam. Alhamdulillah sebab dah lepas 2 papers tinggal lagi 2 papers and then i will come back to terengganu tanah air tercinta.

aku tak suka bila exam. bila exam aku akan jadi insomnia. aku tak boleh tido malam....tido siang boleh tapi tu pun payah.....tadi masa exam rasa sakit la jugak kepala sebab tak tido tapi alhamdulillah boleh juga jawab....bukan tak boleh langsung. aku rasa nak terus tido sekarang ni tapi tak boleh pula.

aku tak suka bila exam. bila exam je mesti besday aku. bila besday aku je mesti exam. tak terasa nak sambut besday pun. kawan-kawan pun sibuk nak exam. aku pun malas nak pikir pasal besday ni.....nak pikir pasal exam pun tak larat. buat apa nak sambut. just doa je la selamat dunia akhirat. perlu juga muhasabah diri yang dah semakin tua tapi amalan masih sedikit. doakan aku ye!

dah la..sakit kepala. tak sabar nak habis exam nak dapat nikmat tido semula.

Saturday, June 25, 2011

My Aim When I Come Back To Hometown

Assalamualaikum................! jawab dapat pahala     




So this is my aim......!  Taddaaaaaa!!!! banyakla pulak tanda seru ko! eh tanda seru lagi.







   hoho takdela gempak sangat aim saya ni ( guna kata ganti nama saya sebab sekarang i tengah sopan ) tart telur je pun....tapi best la...lama saya tak makan ni...rindu sangat nak makan tart telur yang rapuh lembut lagi gebu.
   Sebab saya mengidam sangat is becoz masa balik raya tahun lepas saya tak sempat nak makan....eh sempat makan tapi yang tak sedap beli kat bazar ramadhan...saya nak yang sedap yang masak sama rata yang telur dia tu lembut lemak berkrimmmmmm!!!!! bukan macam yang kat bazarrrr....nak makan sedap buat la sendiri makcik! 
   Dah try buat dah aritu tapi tak menjadi....lagi buruk ghupenya berbanding tart kat bazar yang saya kutuk tu. rasanya plak tok sah cakapla memang fail! T_T
    Tart yang saya nak makan ialah tart yang jual dekat gerai kuih muih kat Gong Kapas. Masa bulan puasa tahun lepas singgah la kejap kat gerai tu sebab mie kirim suh belikan kuih...masa tu saya,kakak,kakak sorg lagi,adik dan abah. kitorang g bandar kuala terengganu so on the way balik singgah la kejap kat gerai kuih muih.
    Saya ni memang kecur dah ailiur tengok kuih tart kesayangan.tanpa melihat orang sekeliling terus amik tart telur dengan rakusnya dan bayar. ada jugak beli kuih lain. hati memang berbunga sangatla masa tu...rasa di awangan je membayangkan saat berbuka puasa dapat ngap tart telur.
    Lalalalala lala lalalalalala gembiranya tak terkata....masa dalam kete, saya terus belek2 hasil pembelian tadi. nak tengok macamana keadaan tart telur kesayangan saya..ok ke dia duk dlm plastik tuh tak berpeluh ke.
    Belek punya belek arrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh TIDAK.... di manakah gerangan plastik yang mengandungi tart telur? mana? mana? mengapa ini semua harus terjadi......apa salahku?
   Rupa-rupanya saya telah meninggalkan plastik tart telur keseorangan kat gerai kuih tadi.......macamana boleh tertinggal...ni mesti sebab rambang mata tengok kuih muih lain kan. tu lah sapa suh curang! dah bayar pulak tu...huhu memang bukan rezekiku.
   Kalau balik malaysia nanti saya pergi balik gerai tu and then cerita kat pak cik jual kuih yang saya ada tertinggal kuih tart kat gerai dia tahun lepas boleh tak? pastu mintak dia gantikan yang baru. agak2 dia kasi tak? huargh huargh huargh 




me here,as usual,
the younger sis <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...