Monday, April 25, 2011

BuBbLiNg pUdDinG^^

"seh bile nk wat puding buih?"
"rase cam nk mkn puding buih je...."
"bile org tu nk wat puding buih arrr.."

ni la antara dialog2 housemateku kalo nk suh buat something...
bahan2 dah beli just nk tggu ade mood nk buat je haha.
nk wat kuih ni kna ade mood ye saudara saudari kalo x tak mnjadik ye.nt kalo mood SEdih kuih kta akn glOOmy je.kalo mood Marah kuih kta jdik kale merah. sO mood knala stabil and happy+ikhlas huhu^^
so modal update entry hari ni ialah......nk show off lah skit hasil air tgnku ini haha...

                           CLOSE.......




                            CLOSER........



                           CLOSEST.........





hehe ni la hasilnya..sedap berbuih rsa mcm mkn buih haha mntak izin puji dri sdri.

oleh krn hari ni sy baik hati so sy nk kongsi la RESEPI...(pdahal copy paste resepi kt MY Resepi kah3)
dh mmg sy amik resepi kt stu pn. 


Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
  • UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.( tuang sikit-sikit tau baru dia sebati n kembang berbuih) Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
  4. UTK MEMBUAT KUAH:
  5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
  8. Selamat mencuba..   credit to http://www.myresipi.com/top/detail/4930 dan fatin hasifah.^^

sekian terima kasih.
saya, nurul fasihah,bdk medik mesir~
bye3
p/s: challenge cg aqie plak yg buat.amacam?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...