Wednesday, November 17, 2010

Dewasa Yang Menakutkan

Siapa Mereka : Orang yang berusia awal 30 an, mak, ayah, kakak, abang, saudara-mara, jiran tetangga, sepupu sepapat,kawan-kawan yg berusia.

Sifat Mereka : Menakutkan!

Serius aku tak faham apa yang orang dewasa fikirkan. Cara pemikiran aku dengan golongan dewasa tidak akan pernah sama. Mereka tak faham aku dan aku tak faham mereka (mcm lirik lagu yank la plak). Mereka akan buat keputusan sendiri tanpa mengambil kira apa sebenarnya yang aku mahu. Mereka sering fikir cara mereka sahaja yang betul. Siapalah aku..pengalaman cuma setahun jagung. Tidak yakinkah mereka pada aku? Tidak layakkah aku bersuara? Kecil sangatkan aku di mata mereka? Jangan kisahkan aku kalau ia hanya membuatkan kamu susah hati. Aku juga mampu membuat pilihan sendiri (ini bukan pasal jodoh ok!). 

Aku sedar aku selalu membuat keputusan terburu-buru.Kadang-kadang keputusan aku berubah-ubah. Dan kerana dunia kita berbeza, salahkah kalau kamu yang fahami aku? Kerana kamu yang terlebih dahulu makan garam. Bukankah pengalaman aku cuma setahun jagung? Masih banyak yang perlu aku terokai. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Kadang kala kerana ingin menjaga hati golongan ini aku sanggup menipu diri sendiri. Adilkah bagi aku?

Mereka sesama mereka juga tidak pernah sependapat. Sentiasa mahu menang dan tidak mahu mengalah. Sentiasa ingin menunjuk-nunjuk siapa yang hebat. Situasi ini membuatkan aku gerun untuk melangkah ke dunia dewasa. Di mana contoh yang baik untuk aku ambil? Untuk aku ikut?
Sekiranya aku dewasa kelak, adakah aku juga bakal menjadi seorang dewasa yang menakutkan?

P/S: aku tak mahu jadi dewasa yang menakutkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...