Tuesday, June 28, 2011

Demi CintaMu Padaku~~

Assalamualaikum....

Hai Hai Hai

Hari ni saya nak share satu kisah.

Kisah ni berlaku dah lama.

Kawan saya yang cerita.

Citer dia camni...........


   Di dalam sebuah daerah ada seorang hamba yang sangat pemalas dan ada seorang ulama' yang merasa kagum dengan hamba ini walaupun hamba ni seorang yang very the lazy. nak tahu kenapa? haaa jom baca sampai habis.

   Daerah tersebut telah dilanda kemarau yang dasyat. dah lama hujan tak turun. Ulama' ni berdoa la dengan  penuh khusyuk dan lemah lembut agar Allah S.W.T menurunkan hujan. tetapi walaupun telah lama dia berdoa hujan masih belum turun.


   Hinggalah pada suatu hari....hamba yang pemalas ini keluar ke kawasan yang ramai orang lepas tu dia pun berdoa sambil memandang ke langit.

doanya:

     Ya Allah Ya Tuhanku! demi cintaMU kepadaku, turunkanlah hujan!


   Tidak lama selepas itu hujan pun turun membasahi bumi yang kering kontang. Ulama' yang menyaksikan kejadian tersebut sangat terkejut. Macamana Allah boleh memakbulkan permintaan hamba tersebut. dah la hamba tu berdoa dengan suara yang kuat lepastu kata demi cinta Allah kepadanya pula instead of saying cinta dia kepada Allah.


   Ulama' ni pun pergila cari hamba tersebut...dia nak tahu kenapa Allah boleh makbulkan doa hamba tu.
Sampai kat rumah tuan kepada hamba tadi ulama' pun minta izin untuk berjumpa dengan hamba tu. hamba yang pemalas  sedang enak beristirehat. tak buat kerja pun.

  Ulama' ni nak beli hamba tersebut tetapi telah diberikan percuma oleh tuannya. Dia pun bawa hamba tersebut pulang.....dan melayan hamba tersebut dengan layanan sebagai tetamu selama 3 hari.
Selepas 3 hari...Ulama' pun bertanya kepada hamba akan persoalan yang bermain di fikirannya sejak peristiwa yang berlaku tempoh hari.

   Wahai pemuda, apakah amalan yang kamu lakukan sehingga Allah memakbulkan doamu? tanya ulama'
Pemuda tu pun menjawab, tiada amalan  istimewa yang aku lakukan. Ulama' bertanya lagi, kenapa kamu katakan demi cinta Allah kepadamu? sedangkan kita sebagai hamba Allah haruslah mengatakan demi cinta kita kepada Allah.

   Nak tahu apa jawapan hamba tu?

    jawabnya,  sesungguhnya cinta itu milik Allah. cinta yang ada pada aku dikurniakan dari Allah. aku tiada punya apa-apa. sebab itulah aku katakan demi cinta Allah kepadaku. Dialah yang memberi cinta itu.


  Ulama' terpegun mendengar jawapan hamba tersebut. dia berasa amat kagum dengan pemahaman ilmu yang sangat tinggi yang dimiliki oleh hamba itu. sedangkan dia seorang ulama' pun tidak mencapai pemahaman hingga ke tahap itu.

  Begitulah kisahnya....hehe paham x ni? kalau tak paham sila hubungi talian Salamfone.

semoga mendapat pengajaran(>.<)

2 comments:

NAZ said...

seratus peratus hidup kita bergantung pada Allah :)

thE tWo SisterS said...

bukan shj 100% bahkan 1000% (>.<)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...