Thursday, June 16, 2011

Kelebihan Breastfeeding

Assalamualaikum

izayyik? (apa khabar?)

hehe tengok tajuk cam pape je kan.
well, benda ni penting untuk membina bright citizen lol. pasal breastfeeding ni saya belajar dalam community medicine. sekarang ni ramai ibu-ibu yang nak breastfeed anak dia sepenuhnya sebab susu ibu ni banyak khasiat tau! kalo menurut buku teks community medicine karangan Prof. Dr. Ibrahim Soliman Hegazy, ade lebih kurang 20 kelebihan breastfeeding.

antaranya ialah:


  1. susu ibu mudah didapati dan lebih sterile.maksud sterile ialah bebas dari kuman.susu ibu juga datang dari perfect container  hehe ni memang dalam buku cakap macam tu. nak tergelak bila baca tapi memang hakikatnya begitula
  2. dalam minggu pertama selepas bersalin, susu ibu mengandungi colostrum yang kaya protein dan boleh membekalkan antibodi untuk bayi anda. colostrum ni  lebih pekat sedikit dan berwarna kekuningan.
  3. susu ibu juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata jikalau bayi anda terkena jangkitan kuman pada mata
  4. dalam susu ibu juga ada Lactoferrin iaitu protein susu yang bertindak sebagai agen pembunuh bakteria so susu ibu ni tak mudah dicemari bakteria sebab itulah wanita yang berkerja boleh mengumpul susu mereka dan disimpan dalam botol yang sterile. tiada alasan lagi yang anda tidak boleh menyusukan anak kerana sibuk bekerja
  5. susu ibu juga lebih mudah untuk dihadam oleh bayi kerana susu manusia mengandungi kurang protein berbanding susu haiwan
  6. susu ibu juga ada carnitine yang boleh membantu pertumbuhan hati yang sihat
  7. ia juga membantu bayi anda menyerap kalsium yang penting untuk tulang dan gigi serta membantu pertumbuhan otak
  8. dengan menyusukan anak, secara tidak langsung akan menjalinkan ikatan emosi antara ibu dan anak. anak akan lebih terasa selamat dan akan membesar menjadi rakyat yang lebih berkeyakinan. Touch Therapy by the mother also makes the baby grow as a bright citizen hehe jangan tak percaya susu ibu ni boleh menghasilkan rakyat yang lebih gembira^^
  9. susu ibu juga tidak membebankan sebab tak payah beli and tak payah bancuh pun hehe 
  10. bayi yang minum susu ibu juga akan develop IQ yang tinggi with better cognitive function and socially developed
fuhhhh...penat saya taip. dah la sepuloh je la yek.malas dah.hehe ade banyak lagi kelebihannya sebenarnya.

dan yang paling penting, susu ibu ni will never cause diarrhea. so kalau bayi anda terkena cirit-birit jangan pula menghentikan breastfeeding.mesti ada sebab lain yang menyebabkan cirit-birit tersebut.teruskan saja dengan penyusuan bayi anda.....

ok.semoga bermanfaat!

p/s: kakakku janganla geli pula dengan entry ni.saja je nak practice jadi health educator ngehehehehe=D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...