Pernah dengar pasal citer ni x? citer ulama yang berkepala keldai.
gambar hiasan |
Ok citer dia camni, ada seorang ulama' tu dia tak pernah tunjukkan muka dia. dia selalu pakai kotak kat kepala untuk tutup kepala dia.
Time mengajar
Pada suatu hari adalah sorang anak murid dia ni curious sangat nak tahu kenapa dia pakai kotak tutup kepala. Dia pun bertanyalah akan gurunya perihal tersebut..(ayat klasik tak nak kalah)
Setelah ditanya berkali-kali....Ulama' ni pun ceritalah yang dulu dia pernah ragu-ragu dengan hadis rasulullah, mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar atau rupanya (keseluruhan tubuh badannya) menjadi rupa himar“? Riwayat Bukari dan Muslim.
Pastu Ulama' ni masa dia tengah solat berjemaah dia pun nak uji
betul ke kalau mendahului imam ni kepala akan tukar jadi kepala keldai. Masa tengah ruku' kalau tak silap, Ulama' ni bangun dulu dari imam sebab dia nak tengok betul ke apa yang rasulullah sebut tu benar-benar akan terjadi.
Maka dengan izin Allah kepala ulama' ni benar-benar bertukar menjadi kepala keldai....sejak dari peristiwa itu dia pun insaf dan mengakui hadis tersebut.Begitulah kisahnya...mak aih dah tido ke? baru citer skit...nah baca pengajaran dulu pastu baru leh tido.
pengajaran:
1) ustaz Nazrul cakap kita jangan nak Su'udzhon(bersangka buruk) plak dengan ulama' ni dengan kesalahan dia. dia lagi banyak amalan dari kita.dia lebih baik dari kita.siapalah kita nak dibandingkan dengan dia.
2)Allah sayangkan ulama' ni sebab tu lah dia nak tunjuk kebesaranNYA dengan menjadikan kepala ulama' ni kepala keldai supaya ulama' ni tidak ragu-ragu lagi.
3)Besar ujian Ulama' ni...Allah hanya menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggung mengikut kemampuan masing-masing.
4)Lepas ni jangan nak cuba-cuba dahului imam sudah. kalau kepala anda jadi kepala keldai not my fault okay! =P
-Rujukan untuk kesahihan------> klik sini
live from Cairo.
sekianterimakasih...=) (>.<) (~.<) ^^,
cantik gak kalau org bagi aku bento mcm ni |
No comments:
Post a Comment