Wednesday, June 15, 2011

Sinai VS Pyramid

Assalamualaikum

ni nak citer skit pasal oral exam haritu...(dalam entry ni nak guna kata ganti nama aku.mmg double personality btol hahah)

Di suatu pagi yang hening aku berazam untuk tidak tidur selepas subuh. niat di hati nak prepare untuk oral exam pada hari tu sebab sebelum ni kalau oral exam memang aku malas skit nak revise balik buku text bajet dah terer sangat la tu sampai time oral tu tergagap2 depan doktor terus dapat markah sikit gler.....T_T sedih kecewa remuk hatiku tatkala melihat result exam oral. aku pasrah kerana percaya ada hikmah disebalik ujian Allah ni...sebab lepas pada tu aku terus mengambil serius akan oral exam.aku tak main-main dan tak bajet terer lagi. aku sedar yang aku kena berusaha baru bantuan Allah tu sampai.

Pada jam 10.35 pagi aku dan housemate menaiki teksi untuk ke universiti. hari exam je naik teksi hari lain kena jalan kaki laju-laju 20 minit wooooo baru sampai kelas. oral exam start pukul 11 pagi. dalam hati memangla berdebar tapi aku cuba kawal sebab oral ni kena relax.kalau berdebar sangat memang takleh buat pe arr nanti doktor tanya terus blank sebab terlampau nervous.kalau hari exam memang aku takkan minum caffeine sebab nanti akan jadi lebih nervous.caffeine kan stimulate jantung kita so nanti jantung berdegup kencang sampai nak terkeluar dari rusuk kiri tu.bila aku tak minum caffeine masa hari exam kurangla sikit nervous aku ni kalau tak, nervous sampai tahap parkinson dah ketar2 tangan pegang pen nak jawab essay.gilak arr. ok sambung balik, masa menunggu giliran nombor aku tiba, aku telah memaksa diriku untuk belek2 nota.biasanya memang aku malas belek2 nota kalau saat2 akhir.aku lebih suka tenangkan fikiran tapi hari tu aku paksa jugak sebab mane la tahu kan apa yang aku baca saat2 akhir tu akan disoal oleh doktor nanti.

mitiin saba'ah wa sittiin. kedengaran nombor ID ku dipanggil dalam dialek arab ammiah. aku masa tu tengah pegang nota lagi. sebelum masuk bilik doktor aku baca bismillah terlebih dahulu dan langkah masuk dengan  kaki kanan lalu menghadiahkan ucapan salam untuk doktor. doktor perempuan yang agak berumur senyum melihatku. aku terus duduk tanpa disuruh sebab ni bukan interview okay....takyahla bazir2 masa nak disuruh duduk.doktor tak kuasa nak layan dia nak cepat ramai lagi student yang amik exam bukan aku sorang je.

sebelum bagi soalan oral bertubi-tubi doktor memulakan pembuka bicara dengan soalan untuk beramah mesra.

doktor: you are 2067?
me: nope i'm fasihah LOL takdelah aku jawab camni kan. jawab yes je la sambil senyum menggoda
doktor: how is your study here? do you enjoy it here in Egypt?
me: nope i really miss my family, my country.ok tipu lagi. aku jawab alhamdulillah i really enjoy my study here.

doktor tersengih tanda puas hati dengan jawapanku.memang aku jujur pun aku suka sgt duk mesir ni kadang2 je aku frust rasa nak study kat mesia hehe =P

doktor: have u visit any interesting place during your stay here?
me: yes. i went to Bahriya and Sinai
doktor: u went to Sinai?
me: yes

 sinai ni jauh dari kaherah (cairo). dalam 13 jam jgakla naik bas.bukan dalam daerah yang sama.bahriya pun jauh.

doktor: here in cairo, have u been to any place? like Pyramid in Giza.
me: not yet hehehe sambil sengih tunjuk gigi kuning.

pyramid ni dekat je dgn tempat aku duduk ni.Giza (bukan Gaza kat palestin) pun daerah lain tapi dekat je dari kaherah ni tak sampai sejam pun nak pi.

doktor: u didn't go to pyramid yet?
doktor: hahahahahahahahahahahahahaha

ade ke doktor ni dengan assistant dia bantai gelakkan aku sebab aku belum pernah pergi pyramid yang sejengkal je jaraknya padahal dah 4 tahun duk mesir.=.=

aku hanya mampu tersengih malu....sampai ati doktor bahan saya T-T

alaa  doktor ni saya bukan tak nak pergi...saya memang nak pergi. aritu dah siap plan dah nak pergi masa cuti winter tapi apekan daya ada peristiwa bersejarah plak. masa 25 januari haritu kan ada revolusi kat egypt.kena hantar balik mesia(padahal memang nak balik hihik) ni guna saya plak haish bipolar disorder haku nih~

sesi soal jawab pun bermula.......
sampaila abis...
alhamdulillah bersyukur kerana dipermudahkan butir bicaraku tapi ade jgakla gagap tu...
banyak soalan yang doktor tanya aku baru je baca masa tengah tunggu giliran tu.....hikmah berusaha hingga ke ayat-ayat yang terakhir.....^^ hamdallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...