Wednesday, June 29, 2011

Naik Ke Langit

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Di dalam kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT,
 

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.(Surah Al-Isra’, ayat:1)


      Setelah Saidatina Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah s.a.w bersandar.Justeru wafatnya kedua insan ini merupakan satu kehilangan besar dalam hidup Rasulullah s.a.w kerana kedua-duanya merupakan sayap perjuangan baginda. 

    Rasulullah s.a.w merasakan kesedihan yang amat sangat dengan kehilangan kedua orang yang sangat dicintainya.Maka tahun pemergian keduanya itu dinamakan dengan tahun kesedihan.Di saat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini,gangguan dan hinaan,aniaya serta siksaan yang dialami baginda dan umat islam semakin hebat.


allah.jpg

Maka pada 27 Rejab, Allah SWT telah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w untuk menjalani Isra' Mi'raj 
iaitu

Al-Isra’:perjalanan yang mulia lagi bersejarah dan Masjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al- Aqsa di Al-Quds di Palestin, Mi’raj : peristiwa naik kelapisan langit tertinggi di mana Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah bertemu dengan Allah Rabbul Jalil, . Ketika inilah, baginda menerima perintah langsung dari Allah SWT tentang solat lima waktu. Dan kesemuanya ini berlaku dalam semalam sahaja.

masjid.jpg


Hikmah Allah memerintahkan Isra' dan Mi'raj kepada Rasulullah SAW:>Menambahkan kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah di kalangan umat manusia.>Memberikan kekuatan batin kepada nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah.>Menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin
 

Rujukan
-Buku rahsia dan amalan bulan Islam(Kasmuri  Selamat ma)
-Kitab Sirah Rasulullah Terj.  Ustaz Hj Mohd Asri Hj Hashim cetakan 2009 Pustaka Salam
-Muhammad Sa’d Ramadhan al-Buti , Fiqh al-Sirah 1  Terj. Ustaz Mohd Darus Sanawi  Dewan Pustaka Fajar 1983


    Bersama-samalah kita menghayati dan menyelami intipati daripada peristiwa agung Isra' Mi'raj ini. Di samping itu peristiwa Isra' Mi'raj juga, adalah untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

    Oleh itu,marilah kita bersama-sama menzahirkan kefahaman kita tentang perisitwa agung ini kita  dengan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan yang diperintah Allah dan meninggalkan kemungkaran yang dilarang oleh NYA. Semoga kita tergolong sebagai salah seorang daripada umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.


"PROFESSIONAL DAIE,GENERASI RABBANI"


Unit Kempen dan Promosi
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN 2011/2012

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...