Thursday, June 16, 2011

Lunar Eclipse

Sebentar tadi telah berlaku peristiwa yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T

iaitu peristiwa gerhana bulan.



kalau dekat kaherah dikatakan boleh dilihat pada 15 jun 2011 pukul 7.24 malam

ingat nak naik jugaklah atas bumbung rumah tapi malas la pulak...padahal naik satu tangga je pun tapi biasalah orang malas ni memang banyak alasannya...alasannya malas nak bukak pintu nak kuar dari rumah boleh tak?

pada waktu gerhana bulan ni berlaku kita disunatkan untuk solat sunat gerhana dan mandi sunat gerhana.

macamana nak solat sunat gerhana?

mudah je...

dalam solat sunat gerhana bulan ni ada 2 qiam(berdiri tegak) dan 2 ruku' dalam satu rakaat. maksudnya ialah rakaat pertama tu kita baca macam biasalah Al-fatihah dan surah sunat pastu ruku' dan bangun iktidal tapi jangan terus sujud, baca Al-fatihah sekali lagi dan surah sunat kemudian ruku' sekali lagi, bangun iktidal dan baru la sujud semua and then rakaat ke-2 pun ulang macam tadi jugak....solatnya 2 rakaat sahaja.

mandi sunat gerhana pulak kita lakukan sebelum kita buat solat sunat gerhana.caranya samala macam kita mandi biasa just niat je yang kita mandi sunat gerhana bulan...

solat sunat gerhana matahari pun samala macam solat sunat gerhana bulan.
amalan sunat ni kta buat masa gerhana tu tengah berlaku sampaila ia habis....bukan sebelum mahupun selepas.

nak rujukan yang lebih mantop klikla sini ^^

okay selamat beramal untuk gerhana bulan/matahari yang akan datang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...